
“Ia Membebankan Rakyat” – Anwar Ibrahim Mohon Budaya Beri Cenderahati Harus Dihentikan
Menurut Perdana Menteri itu, budaya memberi cenderahati ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan kepimpinan, malah ia juga akan membebankan rakyat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menolak daripada menggunakan sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini.
Namun, terdapat pihak yang dilihat kurang senang serta masih mempertikaikan harga kasut yang dipakai oleh beliau pada majlis angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara baru-baru ini.
Kasut pemberian Sultan Johor 2 tahun lalu
Enggan berdiam diri, ahli Parlimen Tambun itu mengatakan kasut tersebut merupakan pemberian Tuanku Sultan Johor pada dua tahun yang lalu.
Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah. https://t.co/lLOYqxtrr3
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 29, 2022
Perdana Menteri mohon budaya beri cenderahati dihentikan
Terkini, menerusi satu ciapan di laman Twitter rasminya, Anwar Ibrahim memohon agar orang ramai tidak memberi cenderahati kepadanya dan meminta supaya budaya sebegini dihentikan.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan.”
Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan. pic.twitter.com/wI9FCxYsgm
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 1, 2022
“Ia membebankan rakyat” – Anwar Ibrahim
Menurutnya, budaya memberi cenderahati ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan kepimpinan, malah ia juga akan membebankan rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan itu pada masa sama turut menghargai niat baik orang ramai terhadap dirinya.
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat.”
“Inilah sepatutnya seorang PM buat” – Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri itu yang tidak mahu menerima cenderahati kerana mementingkan etika sebagai seorang pemimpin.

