fbpx
Now Reading
Tular Video Kereta Diconteng Perkataan ‘Kaki Janda’, Netizen Dakwa Ia Marketing Murahan Jenama Vape

Tular Video Kereta Diconteng Perkataan ‘Kaki Janda’, Netizen Dakwa Ia Marketing Murahan Jenama Vape

Penularan video tersebut pada mulanya membuatkan ramai menyangkakan si penconteng pastinya seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang terlalu gilakan wanita lain yang bersatus janda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/seripah_nm/status/1599043686494801922

Sejak Sabtu (3 Disember) tular di media sosial, beberapa video TikTok memperlihatkan sebuah kereta Perodua Aruz diconteng dengan perkataan berunsur kejian seperti ‘Kaki Janda’ dan ‘Jantan Tak Guna’ sehingga menarik perhatian orang ramai.

Di dalam video pertama, pemandu kereta berkenaan yang sedang menyusuri sebuah jalan di ibu negara dilihat menurunkan tingkapnya sebelum menjerit sebaik mengetahui ada yang cuba merakam keretanya.

Dalam satu lagi video berbeza, kereta berkenaan turut berjaya dirakam oleh seorang pengguna TikTok juga di ibu negara.

Penularan video tersebut membuatkan ramai menyangkakan si penconteng pastinya seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang terlalu gilakan wanita lain.

Hanya taktik marketing

Namun tidak sampai sehari, beberapa netizen tampil mendakwa video tersebut hanyalah satu strategi marketing.

Ini kerana jelas terpampang satu jenama sebuah syarikat pengeluar flavour vape yang terselit di antara contengan pada kereta tersebut.

Beberapa pengguna kemudiannya turut berkongsikan tangkap layar promosi yang digunakan syarikat tersebut di mana mereka menggunakan tanda pagar seperti Jantan Tak Guna, Pembela Janda, dan lain-lain yang dilihat berkait dengan contengan pada kereta tersebut dalam mempromosikan satu perisa vape baharu.

Ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan berkenaan.

Jual perisa vape ‘Jantan Tak Guna’

Semakan kami di Facebook kemudiannya berjaya menemui flavour yang dimaksudkan dan jelas nama perisa vape itu sendiri memang menggunakan salah satu perkataan pada contengan tersebut.

Teknik pemasaran yang dipercayai digunakan jenama ini kemudiannya menyebabkan laman Facebook mereka ‘diserang’ pengguna media sosial kerana ianya seolah-olah sengaja menjatuhkan martabat golongan wanita yang berstatus janda.

Berikut antara komen yang diberikan netizen :

Netizen ‘kantoikan’ kereta parkir di depan kedai vape

Bukan itu sahaja, seorang pengguna TikTok turut berjaya mengesan kereta berkenaan yang diparkir di sebuah kedai vape.

Ini menguatkan lagi teori bahawa semua ini hanyalah satu marketing murahan demi mempromosikan jenama tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.