“Mantap” – Ramai Puji Dr Zulkifli Anjur Program Tazkirah Sambil Tonton Piala Dunia 9 Disember Ini.
Selain menonton bola sepak Piala Dunia, program ini turut mempunyai beberapa aktiviti lain seperti tazkirah, jamuan makan, solat Hajat serta banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tidak dinafikan setiap pendakwah mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menyampaikan dakwah mereka.
Malah ada pendakwah yang menggunakan lawak jenaka, nyanyian dan banyak lagi untuk menarik minat orang ramai.
Ini kerana, cara yang kreatif bukan hanya mampu menarik minat tetapi membuatkan mereka seronok dalam menyelami ilmu yang disampaikan.
Bekas Menteri Agama anjurkan program tazkirah sambil tonton perlawanan Piala Dunia
Perkara itu samalah seperti apa yang dilakukan oleh Mantan Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri apabila beliau menganjurkan sebuah program tazkirah sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia menyaksikan Brazil menentang Crotia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di Twitter miliknya yang menyatakan program itu akan diadakan di Dataran Nilai bermula jam 9.45 malam pada 9 Disember ini.
Terdapat 5 aktiviti menarik
Malah apa yang lebih menarik program Kopi, Street Dakwah dan Bola itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
Tazkirah “Kerana Bola Kita Bersaudara.”
Solat Hajat untuk perpaduan rakyat Malaysia (disarankan bawa sejadah dan botol air untuk mengambil wudhu’).
Jamuan percuma (terhad kepada yang terawal).
Ebook percuma tulisan YB Senarator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Cabutan bertuah
Malah program ini juga turut dianjurkan bersama radio Zayan, Kopi Rewang, dan Muslim Council of Elders.
Bukan hanya itu, ia juga mendapat tajaan dari pelbagai pihak seperti McDonald’s, Universiti Sains Islam Malaysia, Big Lemon Group serta banyak lagi.
Ramai puji usaha Dr. Zulkifli dekati masyarakat untuk sebarkan dakwah
Melihat di ruangan balas, perkongsian Bekas Menteri Agama itu turut mendapat perhatian daripada orang ramai yang memuji usahanya itu dan tidak sabar untuk hadir ke program tersebut.