fbpx
Now Reading
Penyelamat Malaysia Jumpa Kucing Cantik Di Turkiye, Ramai Minta Bawa Balik [Video]
anggota penyelamat jumpa kucing comel

Penyelamat Malaysia Jumpa Kucing Cantik Di Turkiye, Ramai Minta Bawa Balik [Video]

Menurut Adhwa, kucing comel itu kini berada di bawah jagaan seorang sukarelawan di Turkiye.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 6 Februari yang lalu, dunia telah digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye dan juga Syria.

Susulan dari bencana alam itu banyak negara telah menghantar petugas penyelamat mereka untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuklah Malaysia yang dianggotai oleh beberapa pasukan SMART.

Oleh itu, mereka kini sedang giat untuk mencari mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Namun tugas mereka bukan sekadar untuk menyelamatkan manusia sahaja tetapi termasuklah haiwan yang turut menjadi korban dalam kejadian gempa bumi itu.

Penyelamat Malaysia jumpa kucing trauma di tepi jalan

Perkara ini samalah seperti video dikongsikan oleh Adhwa Hakim yang dipercayai merupakan salah seorang daripada anggota penyelamat negara yang menjumpai seekor kucing yang trauma di tepi jalan.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan menggelarkan kucing comel itu sebagai ‘survivor’ kerana masih selamat selepas berlakunya kejadian gempa bumi yang memusnahkan puluhan bangunan di negara terbabit.

Menurut Adhwa, kucing comel itu jika di Malaysia mungkin berharga ribuan ringgit kerana bakanya selain memiliki bulu dan warna yang cantik.

“Tapi orang cakap kucing ni orang bela ni, jadi dia diselamatkan (mungkin sebelum ini turut tersepit dicelah-celahan bangunan runtuh),” kata lelaki itu.

Trauma lepas kejadian gempa bumi terutama apabila dengar bunyi asing

Ketika dicium haiwan itu kelihatan seperti tidak senang duduk sebelum Adhwa memberitahu bahawa kucing tersebut sebenarnya berada di dalam keadaan trauma terutama apabila terdengar bunyi yang asing kerana terkesan dengan tragedi berkenaan.

Namun tindakan anggota penyelamat yang memeluk dan cuba menenangkan kucing tersebut membuatkan dia kelihatan seperti selesa apabila hanya berdiam diri apabila diusap oleh Adhwa.

Kucing comel kini berada dibawah jagaan sukarelawan

BuzzKini juga sempat menemubual Adhwa untuk bertanya tentang keadaan kucing tersebut dan katanya haiwan itu kini dijaga oleh salah seorang sukarelawan NGO di Turkiye.

“Jumpa kucing itu di tepi jalan sahaja macam hilang arah,” ujar Adhwa.

Menurutnya mereka juga menemui haiwan lain seperti anjing semasa melakukan operasi menyelamat, namun gambar mereka tidak boleh disiarkan sekiranya ditemui mati.

Ditanya adakah kucing comel itu boleh dibawa pulang ke Malaysia Adhwa berkata tidak boleh malah mempunyai prosedur yang banyak.

“Tak boleh.. kalau boleh pun banyak prosedur.. sebab kucing dan anjing jalanan di Turkiye semuanya divaksin,” jelas Adhwa kepada BuzzKini.

Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta agar kucing tersebut dibawa pulang kerana kasihan melihatnya tidak mempunyai penjaga.

“Comelnya.. bawak balik dik”

“Kesian dia macam ketakutan.. bawa baliklah bang, letak dalam beg senyap-senyap”

“Terima kasih selamatkan kucing ini”

“Alolo.. bang pos bagi dekat saya kos saya tanggung bang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.