fbpx
Now Reading
Kajian Dapati Lelaki Kematian Isteri Berisiko Mati Awal Berbanding Balu Kehilangan Suami

Kajian Dapati Lelaki Kematian Isteri Berisiko Mati Awal Berbanding Balu Kehilangan Suami

Penulis kajian berkenaan yang dikenali sebagai Alexandros Katsiferis bagaimanapun berkata, pasukan penyelidiknya masih tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Namun untuk menerima takdir pemergian insan tersayang tentunya ‘berat’.

Bagaimanapun, orang yang masih bernyawa tetap harus meneruskan baki kehidupan yang ada di dunia ini.

Suami kematian isteri cenderung lemah semangat dan berisiko mati awal

Namun siapa sangka satu kajian di Denmark ini mendapati suami yang kematian isteri cenderung lemah semangat dan berisiko mati awal.

Menurut Kosmo yang memetik United Press International, kajian berkenaan dilakukan dengan melibatkan hampir 925,000 warga emas di Denmark.

Kajian itu mendapati suami berisiko mati lebih awal selepas isteri mereka meninggal dunia berbanding isteri yang kematian suami.

Mengikut laporan kajian, apabila seorang lelaki berusia antara 65 hingga 69 tahun berdepan dengan kematian isterinya, kemungkinan untuk dia meninggal dunia pada tahun berikutnya adalah 70% berbanding hanya 27% untuk golongan balu.

Pasukan penyelidik masih tak pasti mengapa ia boleh terjadi

Penulis kajian berkenaan yang dikenali sebagai Alexandros Katsiferis bagaimanapun berkata, pasukan penyelidiknya masih tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.

“Balu yang kematian suami  mungkin mempunyai  keupayaan lebih kuat untuk menghadapi tekanan termasuk tekanan dalam menjaga suami yang sakit bersama keperluan lain.

“Berbeza dengan lelaki, kesihatan fizikal dan emosi mereka bergantung kepada kesanggupan pasangan untuk menjaga mereka. Jadi, apabila si isteri meninggal dunia, mereka hilang arah,” katanya.

Kesedihan akibat kematian pasangan boleh menyebabkan pelbagai penyakit

Sementara itu, menurut Ketua bahagian Perubatan Penjagaan Paliatif Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt Dr. Mohana Karlekar, kesedihan akibat kematian pasangan berlaku kepada wanita dan juga lelaki.

“Ia boleh mengakibatkan pelbagai keadaan seperti keresahan atau depresi yang kemudian membawa kepada penyakit seperti sakit kepala, susut berat badan, sukar tidur atau sakit sendi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, wanita lebih cenderung untuk bersosial dan lebih mudah meluahkan perasaan mereka berbanding lelaki.

Gambar sekadar hiasan (Kredit: Pexels)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.