fbpx
Now Reading
Lelaki di Indonesia Langgar Isteri Dengan Kereta, Bengang Kerana ‘Terkantoi’ Curang [Video]

Lelaki di Indonesia Langgar Isteri Dengan Kereta, Bengang Kerana ‘Terkantoi’ Curang [Video]

Isterinya dikatakan telah lama mengetahui perbuatan suaminya yang curang itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video di negara jiran Indonesia, yang menunjukkan sebuah kereta berwarna merah diserbu dan diserang oleh orang ramai.

Dalam video tersebut, orang awam dilihat bertindak merosakkan kereta berkenaan selain membelasah pemandu kereta terbabit.

Pemandu kereta yang dipercayai berasal dari Wilayah Jawa Barat, Indonesia dikatakan telah melanggar isterinya di sebuah kawasan di Cikarang hingga menyebabkan beliau diserang lalu dipukul oleh orang ramai.

Langgar Isteri Dengan Kereta

Menurut saksi, pemandu kereta berkenaan dipercayai nekad untuk melanggar isterinya gara-gara berang selepas mangsa menangkap suspek berlaku curang di dalam kereta itu.

Menyedari akan hal itu, orang ramai bertindak menghalang kereta dan membelasah suami wanita berkenaan.

Dalam video yang sama, kelihatan seorang perempuan yang tidak bertudung, dipercayai skandal suami mangsa keluar daripada kereta berkenaan.

Video yang tular itu mengundang pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan suami wanita terbabit.

“Menakutkan. Dari hari ke hari, semakin banyak kes curang.” kata netizen.

“Semakin ramai yang menjadi popular disebabkan berlaku curang. Hairan sekali.” kata seorang lagi netizen.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Yang Berlaku Curang, Susah Nak Mengaku Salah” – Fadzilah Kamsah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.