fbpx
Now Reading
Tular Parkir Bertingkat Di Hospital Selayang Raih Pujian Ramai, Siap Minta Buat Di Rumah Flat [Video]

Tular Parkir Bertingkat Di Hospital Selayang Raih Pujian Ramai, Siap Minta Buat Di Rumah Flat [Video]

Orang ramai juga berpendapat penggunaan parkir seperti ini boleh dilaksanakan pada kawasan-kawasan rumah flat sekaligus dapat menyelesaikan masalah ‘cop parking’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, jumlah pengguna kenderaan yang semakin bertambah di Malaysia menyebabkan kesesakkan lalu lintas dan masalah kekurangan tempat parkir terutamanya di kawasan tumpuan ramai.

Selain daripada menggunakan pengangkutan awam untuk menggurangkan jumlah kenderaan di atas jalan mahupun di tempat parkir, terdapat juga solusi lain yang digunakan di Malaysia.

Hospital Selayang guna kaedah parkir bertingkat

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kawasan parkir bertingkat di Hospital Selayang, Selangor meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @azizimohdismail, kelihatan deretan kereta berada di kawasan parking bertingkat itu.

Walaupun terdapat deretan kereta yang meletak kenderaan di kawasan tersebut, ruang parkir yang kosong masih kelihatan banyak.

Tidak hanya itu, sistem parkir bertingkat itu juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas sekaligus dapat menjimatkan ruang.

Sementara itu, perkara sama turut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook selepas dia berkungjung ke hospital tersebut pada 9 Jun lalu.

Penularan video dan foto ternyata mendapat respin positif.

Perkongsian video tular itu ternyata mendapat respon positif daripada orang ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial berasa teruja melihat parkir bertingkat itu.

Malah, netizen turut berharap agar kaedah parking bertingkat ini diperbanyakkan lagi di kawasan lain sebagai solusi dalam menangani masalah kekurangan tempat letak kenderaan.

Buat di rumah flat, dapat selesaikan isu kekurangan kawasan parkir dan cop parking

Orang ramai juga berpendapat penggunaan sistem parkir seperti ini boleh dilaksanakan pada kawasan-kawasan rumah flat sekaligus dapat menyelesaikan masalah ‘cop parking’.

Menurut seorang pengguna TikTok yang pernah menggunakan perkhidmatan parkir bertingkat ini, dia memaklumkan caj yang dikenakan hanyalah RM2 untuk setiap jam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.