fbpx
Now Reading
Video Alza Dirempuh Treler Potong Ketika Turun Bukit Undang Kemarahan Orang Ramai [Video]

Video Alza Dirempuh Treler Potong Ketika Turun Bukit Undang Kemarahan Orang Ramai [Video]

Menurut @sorabora90, pemandu Perodua Alza yang juga kakaknya itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas berlakunya kemalangan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa merupakan salah satu inisiatif untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Hal ini kerana, kewujudan peraturan-peraturan ini boleh membantu pengguna untuk menjadikannya sebagai panduan apabila berada di atas jalan raya dan risiko kemalangan dapat dikurangkan.

Namun meskipun pelbagai usaha serta nasihat diberikan masih terdapat lagi segelintir pengguna jalan raya yang berdegil dan melanggar peraturan yang ditetapkan sehingga mengundang kemalangan dan membahayakan nyawa orang lain.

Lori rempuh Alza di Bukit Putus, Kuala Pilah

Perkara ini samalah seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan kenderaan jenis Perodua Alza yang dirempuh lori treler dipercayai di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, pada awalnya kelihatan kereta Alza itu berada di laluan sebelah kanan sebelum datang treler berwarna putih dari arah bertentangan merempuh kenderaan tersebut.

Lori masuk di arah bertentang sebelum rempuh Alza

Dipercayai lori treler tersebut memotong di garisan berkembar sebelum merempuh kereta Alza berkenaan di laluan bertentangan.

Dalam rakaman dashcam tersebut kelihatan kenderaan itu melayang ke arah bertentangan.

Turut kelihatan kereta Alza itu mengalami kerosakan yang teruk apabila bahagian depan dan sisinya remuk selain cermin pecah di beberapa bahagian.

Difahamkan kejadian melibatkan lori dan Perodua Alza itu berlaku lebih kurang jam 2 petang, semalam (15 Jun).

Pemandu Alza dilaporkan selamat

Seorang individu menerusi akaun @sorabora90 yang dipercayai adik kepada pemandu kenderaan Alza kemudian memaklumkan bahawa kakaknya berada dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah kakak saya selamat. Terima kasih kepada tuan empunya rakaman dashcam,” tulisnya di TikTok.

Video itu kemudian menjadi tular di media sosial termasuklah Twitter apabila orang ramai mengecam tindakan lori treler berkenaan yang disifatkan boleh membahayakan nyawa pengguna lain.

Melihat di ruangan komen di TikTok pula, ramai yang turut meluahkan rasa syukur sebaik mengetahui wanita itu selamat meskipun keadaan kemalangan mengerikan.

Malah ada juga yang mempersoalkan tindakan treler tersebut yang memasuki arah bertentangan memandangkan ia bukan laluan untuk memotong.

Namun kualiti video yang terlalu rendah menyukarkan usaha kami untuk mengetahui sejauh manakah dakwaan treler berkenaan memotong di garisan berkembar.

“Nasib tuan empunya dashcam ni sempat elak”

“Dia tak nampak double line ke?”

“Allahu akbar, syukur kakak sis selamat. Semoga segala urusan dipermudahkan”

Untuk makluman, memotong di garisan berkembar merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 167/59 [Kaedah 12(3)(A)].

Sekiranya disabit kesalahan pemandu boleh dikenakan denda maksimum RM300.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.