fbpx
Now Reading
Pemuda Indonesia Seberat 300 kg Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Dalam Badan

Pemuda Indonesia Seberat 300 kg Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Dalam Badan

Kisah Fajri mula mendapat perhatian di media sosial apabila dia terpaksa diangkat menggunakan forklift atau jentera sebelum dihantar ke hospital di Tangerang bagi mendapatkan rawatan obesiti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2023/06/12/berat-badan-cecah-300kg-pemuda-di-indonesia-terpaksa-diangkat-guna-forklift-untuk-ke-hospital-video/

Seorang lelaki di Indonesia yang mempunyai berat badan 300 kilogram meninggal dunia kerana mengalami komplikasi dan jangkitan semasa mendapatkan rawatan obesiti di sebuah hospital di Jakarta.

Pemuda yang berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.25 pagi (22 Jun) dan perkara itu disahkan oleh Pengarah Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta, Lies Dina Liastuti.

Meninggal Dunia Kerana Jangkitan Dalam Badan

Menurut Lies, pemuda yang dikenali sebagai Mohd Fajri meninggal dunia disebabkan berlakunya komplikasi dan jangkitan dalam badan lelaki tersebut.

“Keadaan Fajri yang mempunyai berat badan berlebihan bukan sesuatu yang biasa. Ia menyebabkan tekanan kepada metabolisma badan. Keadaan ini juga menyebabkan jantung dan paru-parunya sukar untuk berfungsi memandangkan dia juga tidak banyak bergerak,” katanya.

Tambah beliau, Fajri mengalami luka di kaki sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan di seluruh badan.  

“Terdapat jangkitan pada luka di kakinya. Ini menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas akibat daripada jangkitan itu,” ujarnya lagi.

Sejak seminggu yang lalu, seramai 16 orang pakar telah ditugaskan untuk merawat Fajri di hospital berkenaan.

Kisah lelaki ini mula mendapat perhatian di media sosial apabila dia terpaksa diangkat menggunakan forklift atau jentera sebelum dihantar ke hospital di Tangerang bagi mendapatkan rawatan obesiti.

Dia kemudiannya dipindahkan ke hospital di Jakarta bagi mendapatkan rawatan rapi daripada pakar.

Fajri dikatakan mengalami masalah berat badan secara berlebihan sejak berumur 11 tahun dan beratnya kini mencecah 300 kilogram sehingga menyukarkan dia untuk bergerak.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.