
Jangan Buat Perkara Sia-Sia, Merokok & Mengumpat Boleh Menyebabkan Terluput Haji Mabrur
Menurut Ketua Pakar Rujuk, Arafah bukanlah tempat untuk bersenang lenang, tetapi ia dianggap sebagai mahsyar kecil tempat berkumpul semua makhluk suatu masa nanti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti ramai ketahui, jemaah haji dari seluruh dunia pada ketika ini telahpun berada di Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Malah ramai jemaah yang sudah berkongsi video atau gambar di dalam media sosial momen-momen mereka semasa berada di sana.

Bagaimanapun, para jemaah juga diingatkan agar tidak terleka mengenai niat menjalani ibadah itu di sebalik kegembiraan dan keterujaan selain perlu melakukan persiapan diri dengan sebaiknya.
Jemaah perlu bersedia dari segi mental, perancangan dan ilmu
Menurut Ketua Pakar Rujuk, Ustazah Dr. Anisah Abdul Ghani, jemaah perlu bersedia dari segi mental, senarai doa, perancangan ibadat dan ilmu pengetahuan bagi mengelakkan diri dari hilang arah ketika Masyair sekaligus tersasar daripada memburu haji mabrur yang suci daripada dosa.
Jelasnya, Arafah bukanlah tempat untuk bersenang lenang seperti tidur, berehat, makan, duduk dan sebagainya, tetapi ia dianggap sebagai mahsyar kecil tempat berkumpul semua makhluk suatu masa nanti.

Lakukan perkara sia-sia boleh menyebabkan lucutnya peluang peroleh haji mabrur
Beliau berkata tidak sepatutnya seseorang itu melakukan perkara sia-sia seperti berbual perkara tak berfaedah, menghisap rokok, mengumpat dan sebagainya yang boleh menyebabkan terlucutnya peluang daripada peroleh haji mabrur.
“Bila kita meletakkan diri seolah-olah berada di hadapan Allah dan bukannya hendak bersenang-lenang, maka kita tidak akan merasa jemu untuk beribadat bermula daripada selepas zuhur hingga subuh pada hari Arafah.
“Berada di Arafah itu bertujuan untuk kusut masai semata-mata dalam kita berusaha mempersembahkan ibadat kepada Tuhan. Jika ada itu, maka baca al-Quran, berzikir, solat akan jadi ringan dan tak jemu untuk dilakukan berulang kali,” katanya dipetik Kosmo semalam (25 Jun).
Kekuatan mental dan fizikal memainkan peranan penting
Menurut Anisah lagi, kekuatan mental dan fizikal memainkan peranan penting terutamanya ketika berada di Mina kerana ruangan tersebut yang agak sempit dan kurang selesa.
“Mina ini sempit tak selesa, panas dan bilik air tak sempurna. Jadi kena didik mental supaya bersabar,” katanya.
Berkongsi lanjut, beliau berkata bagi jemaah yang melakukan ibadah korban, mereka boleh mengerat kuku dan merapikan misai serta janggut sebelum berihram dan berniat haji di miqat.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: