
Kisah Isteri Hamil Lagi Selepas 2 Bulan Bersalin Czer Buat Netizen Ngilu [Video]
Penularan video itu di Twitter menyebabkan rata-rata netizen mengecam si suami kerana disifatkan tidak prihatin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehamilan merupakan fasa terindah yang dinantikan buat semua pasangan yang telah berkahwin. Ketika fasa ini, pastinya penjagaan yang rapi perlu dilakukan khususnya semasa tempoh trimester pertama.
Setelah proses bersalin pula, wanita disarankan untuk merehatkan diri daripada hamil sekali lagi sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun.
Ia bertujuan untuk memastikan badan dan mental wanita telah sihat sepenuhnya selain dapat memberikan sepenuh perhatian kepada proses tumbesaran anak.
Wanita Hamil Setelah Dua Bulan Bersalin Czer
Namun, berbeza dengan seorang influencer wanita di Indonesia apabila dia dikatakan hamil setelah dua bulan bersalin anak sulung melalui kaedah czer.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter @twtbiy, kelihatan wanita berkenaan, iaitu Venny Alberti yang hamil mengalami kesukaran untuk turun tangga.
Baru bersalin then pregnant lagi. Anak memang rezeki tapi kalau jadi macam ni, dah jadi mimpi ngeri. pic.twitter.com/NbfhDxjzfy
— Bbie. (@twtbiy) June 27, 2023
Melalui video tersebut juga, kelihatan suaminya, Akash Elahi yang juga seorang influencer cuba membantunya turun daripada tangga tersebut.
Wanita itu yang kini hamil tujuh bulan dilihat mengalami kesakitan terutamanya di bahagian pinggang serta mengalami kesukaran apabila keluar daripada kereta.
Difahamkan, wanita itu sekitar Januari lalu ada membuat pembedahan yang dia sedikit kecewa selepas disahkan hamil anak kedua tatkala baru empat bulan melahirkan anak pertamanya secara czer. Sewaktu pemeriksaan, doktor mengesahkan kandungannya ketika itu sudah berusia dua bulan.
Kini, selepas beberapa bulan, kesakitan yang dialaminya dipercayai adalah berpunca daripada kesan czer yang dikatakan masih belum pulih sepenuhnya.
Namun, carian kami di TikTok mendapati pasangan berkenaan dilihat bahagia meskipun si isteri sedang sarat hamil anak kedua.
@akashellahi Duit bisa bikin bumil bahagia juga #akashellahi
♬ Apa yang membuat kamu kuat_Duit membuatmu kuat – DUTA REBAHAN
Rata-rata netizen bersimpati dengan wanita berkenaan. Malah, kebanyakannya mengecam suami wanita itu dan menganggap dia sebagai seorang suami yang mementingkan diri kerana menyebabkan kehamilan sebelum tempoh yang sepatutnya.
Berikut antara komen netizen:
Mak Saya Kata Jahatnya Suami Dia, Tak Kesian Dekat Isteri Ke, Fikir Seronok Je


Ikutkan Doktor Suruh Jarakkan Dua Tahun Untuk Hamil Balik, Ini Dua Bulan



Pakar Saran Jarakkan Kehamilan Minimum Dua Tahun
Pada masa yang sama, menerusi video yang telah mendapat lebih 400 ribu tontonan di Twitter itu, seorang pakar pemakanan telah membuat ciapan respon berhubung kejadian berkenaan.
Menurut pakar tersebut yang dikenali sebagai Jazeera Julaili, seorang wanita sepatutnya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun.
Ia penting agar anak mendapat nutrisi yang lengkap dan bagi tujuan persediaan mental buat ibu dan anak serta memastikan badan ibu telah pulih sepenuhnya.
Melalui rantaian ciapan tersebut juga, pakar pemakanan itu menyarankan agar wanita lebih memilih suami yang boleh memahami sistem biologi isteri dan mempunyai empati berbanding hanya bersandarkan kepada rupa dan poket yang tebal.
Tolong ya semua. Saranan untuk jarak anak adalah minimum 2 tahun. Bukan 2 bulan.
— Jazz™ (@JazeeraJulaili) June 27, 2023
Sebab pertama, untuk nutrisi anak sebelumnya mencukupi
Sebab kedua, mental readiness. Towards your child and yourself.
Sebab ketiga, body recovery. Macam mana nk recover kalau tk cukup rehat😭 https://t.co/dSjRbkBDX7
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Alami Gangguan Emosi Ada Risiko Meroyan? Ketahui Faktor & Cara Mencegah
Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Mitos Kehamilan Yang Ibu Mengandung Tak Patut Percaya