fbpx
Now Reading
“Bahan Kaw Kaw!” – Video Parodi Sifu Trading Guna Duit Jutaria, Siap Susun Basikal Anak Buat Ramai Terhibur

“Bahan Kaw Kaw!” – Video Parodi Sifu Trading Guna Duit Jutaria, Siap Susun Basikal Anak Buat Ramai Terhibur

Azirul di dalam video itu seolah-olah menjadi seorang sifu trader bernama Mohsin yang mahu mengajak orang ramai untuk menyertai skim pelaburannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, isu mengenai video-video marketing yang dihasilkan founder perniagaan kosmetik dan ‘sifu’ trading matawang antara yang paling hangat diperkatakan di media sosial.

Lebih mencuri tumpuan apabila netizen berjaya ‘mengantoikan’ sebilangan mereka selepas disyaki menyewa sebuah jet peribadi mewah yang sama untuk tujuan pemasaran.

Tidak berhenti di situ, seorang juruterbang kemudiannya mendedahkan pesawat dengan nombor pendaftaran N888FJ itu sebenarnya sudah lama tidak diterbangkan sejak Februari 2023 yang lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Dakwa Geng Trader & Founder Kosmetik Kantoi Guna Private Jet Sama Untuk Marketing [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Geng Trader & Founder Terciduk, Pilot Dedah Private Jet Dalam Video Rupanya Dah Lama Tak Terbang [Video]

Hasilkan video parodi bahan Sifu Trading

Terbaharu seorang influencer TikTok, Azirul Othman mencuri perhatian ramai apabila membuat satu video parodi membabitkan golongan trader berkenaan.

Azirul di dalam video itu seolah-olah menjadi seorang sifu trader bernama Mohsin yang mahu mengajak orang ramai untuk menyertai skim pelaburannya.

Dia turut dilihat menggunakan ‘props’ seperti papan putih milik anaknya yang dilengkapi graf dipercayai jenis ‘candlestick’ seolah-olah sedang mengajar orang ramai cara untuk memantau pasaran naik turun di dalam dunia Forex.

Paling lucu apabila dia menggunakan wang dari permainan papan Jutaria bagi menggantikan duit sebenar selain menggunakan beberapa basikal seolah-olah ia adalah lambang kemewahan bagi kenderaan miliknya.

Slay teruk bos!!

“Jom kita binca cycle yang membina pendapatan”

@bapaksuamiorangofficial

Jom kita bina circle yg menjana pendapatan, ayuuhhh..!!!

♬ original sound – Bapak&SuamiOrangOfficial

Perkongsian video tersebut ternyata mencuri perhatian netizen. Rata-rata dilihat terhibur dengan parodi yang dilakukannya.

Malah ramai berseloroh lebih mempercayai Azirul berbanding Sifu Trading yang berada di luar sana.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.