fbpx
Now Reading
Wanita Kecewa, Suami Biawak Hidup Lari Curang Dengan Wanita Lain Siap Jual Kereta & Tinggalkan Hutang

Wanita Kecewa, Suami Biawak Hidup Lari Curang Dengan Wanita Lain Siap Jual Kereta & Tinggalkan Hutang

Menurut wanita itu, dia bekerja keras untuk mencari duit bagi membantu si suami dengan berniaga siang dan malam sedangkan lelaki itu pula tidak bekerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu mengimpikan hubungan yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Namun siapa sangka, kebahagian yang dipertahankan selama ini hancur musnah dilanda badai gara-gara orang ketiga.

Bukan hanya sedih malah ia perit untuk ditelan apabila mengetahui kecurangan sang suami yang disanjungi oleh si isteri walhal selama ini sanggup berkorban untuk hidup susah dan senang bersama.

Wanita luah rasa kecewa suami curang

Baru-baru ini, tular di Facebook satu hantaran seorang wanita yang meluahkan rasa kecewanya apabila melihat gambar kecurangan si suami bersama seorang wanita yang baru dikenali selama tiga bulan.

“Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok bergambar bersama dengan perempuan ni suami ku. Aku 24 jam cari kau, tak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau. Rupanya kau lari dengan perempuan lain pergi Kuala Lumpur, ya Allah,” katanya.

Perkongsian ini dilakukan tidak sampai sehari selepas wanita itu memuat naik satu hantaran mencari keberadaan si suami yang pada mulanya disangkakan hilang.

Jual kereta dibeli isteri dengan keringat isteri bekerja siang malam

Apa yang lebih menyedihkan, wanita itu memaklumkan suaminya itu tidak meninggalkan sesen wang kepadanya selain bertindak menjual kereta yang dibeli hasil keringatnya sendiri.

“Sampai kau jual kereta (hasil) duit keringat isteri mu selama ini, apa lagi kurangnya aku, dengan aib mu aku sorok selama kita berkahwin 13 tahun.

“Aku bekerja keras cari duit selama ini dan tolong kau cari duit selama ini dengan berniaga dari pagi sampai ke malam kau tak bekerja, ini kau buat kepada aku,” tulisnya.

Dakwa suami pernah curang sebanyak 4 kali

Dia dalam masa sama turut mendakwa bahawa suaminya itu sebelum ini pernah berlaku curang selama empat kali.

“Empat kali kau curang dengan aku, aku masih terima kau sebagai suami. Aku tetap bertahan sebagai isteri selama ini. Apa lagi kurangnya kepada kau wahai suamiku.

“Kalau ia pun tak nak dengan aku ke apa, kau jumpa aku kita bincang sama-sama lepaskan aku dengan cara baik bukan gantung tak bertali,” luahnya lagi.

Pinjam duit guna nama isteri untuk keluar dengan perempuan lain

Menurut wanita itu, suaminya itu juga meninggalkannya dengan hutang-piutang apabila membuat pinjaman dengan menggunakan namanya tanpa dia sedari semata untuk berfoya-foya bersama perempuan lain.

Mungkin berasa terlalu sakit hati dengan tindakan sang suami yang berlaku curang, wanita itu turut meminta agar lelaki berkenaan menceraikannya.

“Kau pilih dia daripada isteri yang sudah 13 tahun kau kenali”

“Janji kau lepaskan aku, ceraikan aku! Suami ku itu sahaja aku minta. Kau kenal perempuan ni baru tiga bulan kau boleh pilih dia daripada isteri yang sudah 13 tahun ni ya Allah SWT.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memihak kepada wanita ini selain menyifatkan lelaki itu sebagai biawak hidup.

Ada juga yang menyatakan suaminya itu tidak bertanggungjawab kerana mengunakan harta isteri untuk orang lain.

“Cerai sahajalah biawak ni kalau semua pun bini yang tanggung, tak layak juga kahwin banyak kalau serba serbi isteri tanggung. Hantar dia balik kepada orang tuanya”

“Cantik lagi kau sis, dari perempuan laki mu bawa”

“Sabar ada hikmahnya tu, syukurlah Allah sudah tunjukkan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.