fbpx

Lelaki Tunjal Kepala Wanita Tampil Mohon Maaf & Cerita Kisah Sebenar – “Masa Dalam Penjara, Saya Banyak Berfikir” [Video]

Lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Zaim Faiz itu juga memaklumkan dia dapat mempelajari sesuatu daripada kes tersebut dan dia berada di dalam penjara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang bertindak menunjal kepala seorang pemandu wanita di Jalan Lata Iskandar dari Cameron Highland, Pahang menuju Tapah, Perak pada 5 Jun lalu.

Video yang tular itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam teruk tindakan lelaki terbabit.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Macam Samseng! Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Buat Ramai Berang [Video]

Susulan itu, lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Zaim Faiz Tarmizi itu telah ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari kerana mengasari wanita terbabit.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Pemandu Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara 7 Hari

Zaim tampil mohon maaf dan kongsi cerita semasa kejadian

Terkini, setelah selesai menjalani hukuman penjara, Zaim tampil dalam satu video untuk memohon maaf atas kesilapannya selain menceritakan perkara yang berlaku semasa kejadian itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Yusuf Azmi SemboyanTV, lelaki terbabit berkata kejadian berlaku semasa dia dan isteri serta anak-anaknya sedang dalam perjalanan pulang daripada Cameron Highland menuju ke Shah Alam, Selangor.

Zaim sedar ada dua buah kenderaan sedang memotong dari belakang

Pada awalnya, dia sudah menyedari terdapat dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda dan Perodua Myvi sedang memotong ketika jalan sesak.

Namun ketika tiba di sebuah kawasan selekoh tajam, secara tiba-tiba sebuah kenderaan dari arah bertentangan masuk ke laluannya dan berhenti secara mengejut selain membunyikan hon.

Zaim terpaksa berhenti mengejut, isteri dan anak terjatuh ke bahagian kaki kereta

Tindakan pemandu terbabit menyebabkan Zaim terpaksa berhenti secara mengejut sekaligus menyebabkan isterinya yang sedang sarat mengandung bersama anak-anak terjatuh ke bahagian ruang kaki kereta.

“Tiba-tiba saya nampak dia menghala ke saya, sambil break emergency dan bunyikan hon. Bila saya toleh kebelakang, ada sebiji Perodua Myvi nak potong tapi tak lepas.

“Situasi saya masa tu saya dah jadi kelam kabut, saya break pun bini saya dah jatuh dah, perut dia kena ‘seat’ depan. Saya tengok keadaan anak bini saya dah jatuh apa semua,” katanya.

Zaim gagal kawal emosi, tunjuk isyarat lucah pada pemandu Myvi sebelum berhenti

Akibat situasi itu, Zaim tidak dapat mengawal emosi marahnya kepada pemandu Myvi terbabit menyebabkan dia membuka tingkap dan menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangan semasa meneruskan perjalanan.

Pun begitu, setibanya di Lata Iskandar iaitu tiga kilometer daripada lokasi kejadian, Zaim bertindak memberhentikan kenderaannya dan pergi ke arah wanita itu seperti dalam video yang tular di media sosial.

“Saya cuba bercakap dengan dia, bila saya cakap dia bagi (menjawab), dekat situ dah naik saya punya darah (perasaan marah). Sampailah satu masa tu saya dah nak pergi dia masih menjawab dan saya patah balik tepuk dahi dia,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia tidak dapat berfikir dan mengawal emosi kerana memikirkan nasib isteri dan anaknya pada waktu itu atas kecuaian pemandu lain.

Zaim dapat pelajari sesuatu daripada kejadian ini dan semasa dipenjara

Zaim turut memaklumkan dia dapat mempelajari sesuatu daripada kes tersebut dan semasa dia berada di dalam penjara bersama banduan lain.

“Saya dapat belajar sesuatu daripada kes ini dan saya masuk penjara pun saya dapat pelajar sesuatu daripada banduan-banduan lain.

“Masa dalam penjara, saya banyak berfikir panjang. Saya dah terima hukuman, dah kena penjara dan dapat kesedaran.

“Saya nak mohon maaf juga atas perbuatan apa yang saya dah buat dekat dia, maknanya saya dah terima hukuman saya,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Zaim juga meminta agar para netizen berhenti untuk berkata atau mengecam dirinya atas perbuatan terbabit kerana dia telah pun menerima hukuman.

Video penuh di YouTube

Untuk info, selepas selesai hukum penjara tujuh hari atas kesalahan terbabit, Zaim sekali lagi dimasukkan ke penjara atas kesalahan mengasari dua pekerja restoran pula.

Bagi pertuduhan itu pula, dia dijatuhi hukuman penjara selama sembilan hari dan denda sebanyak RM2,000.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.