fbpx
Now Reading
Polis Buru Lelaki Tunggang Yamaha Sport Lepas Tembakan Ke Arah Rumah Di Perak [Video]

Polis Buru Lelaki Tunggang Yamaha Sport Lepas Tembakan Ke Arah Rumah Di Perak [Video]

Menurut Ketua Polis Perak, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, gempar di media sosial apabila tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang penunggang motosikal melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Perak.

Susulan itu, pihak polis sedang giat mengesan lelaki terbabit yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah di Kuala Gula pada pagi semalam (4 Julai).

Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi disedari mangsa sebelum buat laporan polis

Difahamkan, kejadian yang berlaku sekitar jam 3.00 pagi itu disedari oleh pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan empat anaknya sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 56 tahun memaklumkan terdengar bunyi letupan di luar rumahnya dan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Ahli keluarga mangsa yang berada di rumah tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurut Yusri, bagaimanapun kesemua ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan tembakan pada kereta, motosikal dan pintu rumah mangsa. Pihak polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan usaha menjejaki suspek giat dijalankan,” katanya.

Kes disasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

Menurutnya lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Berkongsi lanjut, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Inspektor Mohd Zulhilmi Dahon di talian 013-2604403 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman CCTV yang memaparkan seorang penunggang motosikal dipercayai jenis Yamaha Sport berhenti di hadapan sebuah rumah.

Lelaki terbabit kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah berkenaan sebelum beredar.

Menurut laporan Utusan, pemilik rumah berkenaan baru sahaja dilantik sebagai ketua kampung di kawasan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.