fbpx
Now Reading
“Kami Ada Bajet Yang Terhad” – Fendi Tak Lagi Bersama Destinasi TV, Produksi Gagal Capai Kata Sepakat Soal Gaji

“Kami Ada Bajet Yang Terhad” – Fendi Tak Lagi Bersama Destinasi TV, Produksi Gagal Capai Kata Sepakat Soal Gaji

Pihak produksi pada masa yang sama turut memperkenalkan dua hos baharu mereka iaitu Chef Alwi bagi segmen ‘Buatan Malaysia’ dan Richard dalam rancangan ‘Resipi Tok Kelantan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi penggemar rancangan masakan dan makanan di YouTube, anda pasti pernah menonton bahkan meminati saluran Destinasi TV yang banyak menyajikan segmen seperti kisah makanan tradisional kampung, review restoran atau gerai yang popular dan sebagainya.

Apa yang membuatkan rancangan itu lebih menarik, semestinya telatah hos iaitu pelawak Fendi Mohammad yang pandai memikat hati penonton dengan gaya serta cara percakapannya yang bersahaja dan menghiburkan.

Tidak dinafikan juga, nama Fendi dan Destinasi TV sudah tidak asing lagi di hati para penonton seperti di segmen Resepi Tok dan Destinasi Bazar.

Pelawak yang suatu masa dahulu pernah berganding bersama Shuk Sahar di atas pentas Raja Lawak itu begitu pandai mengambil hati dan bijak bergaul bersama masyarakat di sekelilingnya.

Fendi tidak jadi hos Destinasi TV lagi

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak produksi Destinasi TV mendedahkan bahawa Fendi tidak lagi menjadi hos di saluran YouTube terbabit.

“Berat hati untuk kami sampaikan, tetapi Fendi kini tidak bersama Destinasi TV lagi. Kenapa? Kerana setiap hos bukan pekerja tetap. Selama ini kita mempunyai persefahaman bayaran yang menang-menang untuk semua pihak.”

Fendi makin popular, mereka gagal capai kata sepakat berkaitan bayaran

Jelas produksi itu, populariti Fendi yang semakin meningkat menyebabkan mereka gagal mencapai kata sepakat berkaitan bayaran yang diminta oleh pelawak itu.

Keputusan untuk tidak menyambung khidmat Fendi sebagai hos menyebabkan rata-rata pengikut berasa kecewa kerana tidak lagi dapat melihat telatah hos kegemaran mereka itu.

Usaha team produksi belakang tabir juga harus dihargai

Pun begitu, pihak produksi menyifatkan usaha mereka yang berada di belakang tabir juga seharusnya dihargai oleh penonton.

“Apa yang kalian lihat hanyalah result kerjasama team yang sangat penat bekerja. Fendi datang hos mungkin 3-4 jam tapi team bekerja berhari-hari nak siapkan satu video.

“Kami di belakang tabir reda dengan populariti hos, tapi janganlah perkecilkan usaha keras kami,” katanya lagi.

Pada masa sama, Destinasi TV juga telah memperkenalkan dua pengacara baru mereka iaitu Chef Alwi bagi segmen ‘Buatan Malaysia’ dan Richard dalam rancangan ‘Resipi Tok Kelantan’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.