fbpx
Now Reading
“Cikgu Selalu Gigit Bibir & Tarik Panjang” – Ibu Terkejut, Dakwa Anak 6 Tahun Digigit Guru Lelaki Sampai Trauma

“Cikgu Selalu Gigit Bibir & Tarik Panjang” – Ibu Terkejut, Dakwa Anak 6 Tahun Digigit Guru Lelaki Sampai Trauma

Ibu kepada kanak-kanak itu, Eyma Zaideen turut mendakwa perbuatan tersebut tidak hanya berlaku kepada anaknya sahaja, malah beberapa murid lain turut menjadi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang trauma untuk ke sekolah gara-gara didakwa sering digigit oleh gurunya.

Pendedahan itu dilakukan oleh ibunya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu lalu (8 Julai) selepas melihat anaknya sering mengeluh ketika ingin ke sekolah serta tidak sabar menunggu cuti persekolahan.

“Bayangkan setiap kali nak hari Ahad Abang Cik (anaknya) mengeluh dan akan bertanya bila cuti pula mama. Mama pula jawablah baru je habis cuti tanya bila cuti lagi budak ni nak kena cubit dengan mama ni.

“Lepas tu pergilah Abang Cik sekolah macam biasa setiap kali balik rumah selalu muram macam tak seronok seperti budak lain. Lain sangat muka setiap kali nak pergi dan balik dari sekolah,” tulisnya.

Ibu peka dengan perubahan anak, rasa ada sesuatu tak kena

Wanita itu berkata dia peka terhadap perubahan tingkah laku anaknya dan boleh merasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“Saya sebagai ibu boleh rasa macam ada sesuatu tak kena sebab Abang Cik jenis tak bagitau apa-apa terjadi dekat sekolah dia jenis pendam orang kacau dia ke apa.”

Si ibu

Bagaimanapun, segalanya mula diketahui oleh wanita ini pada suatu hari ketika anaknya pulang ke sekolah dalam keadaan muka yang sedih kerana baru lepas menangis.

Anak dakwa sering digigit guru lelaki di sekolah

Dia terkejut selepas anaknya mendakwa seorang guru lelaki sering mengigit beberapa anggota badan anaknya.

“Mama, Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir lepas itu tarik panjang sakit sangat mama. Dah lah gigi kuning dan mulut hitam Abang Cik geli. Kadang cikgu gigit telinga dan hidung juga.

“Saya terkejut mula-mula tak percaya lepas itu saya tanya abang dan kakak dia yang memang sekolah sama dekat situ. Jawapan dia ya memang cikgu Nor terkenal dekat sekolah suka gigit orang. Semua budak-budak tengok dia akan lari takut kena pegang dan gigit.

“Ini bukan seorang pendidik gila macam ‘vampire’, ibu bapa lain mungkin boleh senyap, tapi tidak dengan aku, maaf lah tunggu kau ‘Cikgu Nor’,” tulisnya lagi.

Murid lain turut jadi mangsa gigit Cikgu ‘Nor’

Dalam satu hantaran yang lain, si ibu mendakwa perbuatan itu tidak hanya berlaku kepada anaknya sahaja, malah beberapa murid lain turut menjadi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Ibu jumpa guru besar, pihak sekolah akan ambil tindakan keras

Tidak hanya itu, menerusi kemas kini terbaharu wanita ini menyatakan dia telah bertemu dengan Guru Besar sekolah terbabit mengenai isu tersebut.

“Pihak sekolah tidak menyebelahi tertuduh dan pihak sekolah juga akan mengambil tindakan secara keras kepada tertuduh secara berperingkat selaras dengan prosedur,” tulisnya di FB.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.