fbpx
Now Reading
PDRM Nafi Tidak Telus Siasat Kes Kanak-Kanak 4 Tahun Mati Lemas Di Taska

PDRM Nafi Tidak Telus Siasat Kes Kanak-Kanak 4 Tahun Mati Lemas Di Taska

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, satu laporan mati mengejut telah dibuka bagi menyiasat kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas menerima lopran mengenai kejadian lemas pada 18 April lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis menafikan dakwaan bahawa mereka tidak menjalankan siasatan secara telus, terhadap kes seorang kanak-kanak yang dipercayai mati akibat kecuaian pihak taska di Bandar Baru Sri Klebang, Perak seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 30 saat di Facebook milik Sathruhan Manian semalam (11 Julai) mengenai dakwaan itu yang menarik perhatian orang ramai.

“Pihak polis memandang serius terhadap dakwaan tidak berasas dan penyebaran maklumat palsu melalui media sosial, oleh pemilik akaun Facebook tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Satu laporan mati mengejut dibuka bagi menyiasat kes kematian terbabit

Menurutnya, satu laporan mati mengejut telah dibuka bagi menyiasat kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas menerima laporan mengenai kejadian lemas pada 18 April lalu.

Jelas Yahaya, pihak polis telah menyiasat secara teliti dan berjaya memperolehi arahan pertuduhan terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian berkenaan di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kita telah menahan seorang wanita berumur 58 tahun, yang merupakan guru besar taska berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini dan akan didakwa esok (12 Julai),” katanya lagi.

Tular pasangan suami isteri jalan kaki tanpa kasut memegang sepanduk

Terdahulu, tular di media sosia satu video yang memaparkan tindakan sepasang suami isteri berjalan kaki tanpa kasut dengan memegang sepanduk telah mengundang perhatian ramai.

Pasangan suami isteri itu berjalan kaki dari Bandar Baru Sri Klebang ke IPD Ipoh adalah untuk menuntut keadilan terhadap kematian anak mereka pada April lalu.

Sepanduk bertulis ‘Justice For Thanes’

Dalam video tersebut, kelihatan sepanduk yang dipegang pasangan terbabit bertulis ‘Justice For Thanes’ berserta gambar kanak-kanak terbabit.

D Nilaveni, 40, yang merupakan ibu kepada mangsa mendakwa pusat jagaan kanak-kanak itu cuai ketika menjaga V Thanes Nair, pada hari pertama mangsa dihantar ke situ.

Kanak-kanak itu dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam renang yang terletak berhampiran premis berkenaan, sebelum meninggal dunia enam hari kemudian.

@eeshwaran_vj888

Pls viral this video. and pressure PDRM TO DO IMMEDIATE GET IN WITHOUT HESITATION. 💪♥️🔥 #justiceforthaneshnair #dedication #eeshwarvj888 #malaysia #respect

♬ original sound – Eeshwar_VJ888
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.