
Pernah Ditipu Ketika Beli Akaun IG, Wanita Tak Sangka Dapat Semula Duit Selepas 3 Tahun
Menurut Sofea, kejadian scam itu berlaku pada tahun 2020 ketika dia ingin membeli sebuah akaun Instagram untuk memulakan perniagaan pakaian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jenayah scam yang semakin berleluasa di negara ini bagai tiada pengakhirannya.
Meskipun sudah pelbagai kempen dilakukan agar masyarakat tidak terpedaya dengan tipu helah mereka namun masih ada lagi lagi yang menjadi mangsa.
Malah mereka yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab ini sentiasa mempunyai modus operandi yang baru untuk memperdayakan mangsa agar percaya dengan tipu helah diberikan.
Apabila sudah terpedaya, mangsa bukan sahaja berputih mata kerana wang yang diberikan lesap malah terpaksa membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan semula wangnya.
Wanita tak sangka dapat semula wang kena scam
Namun baru-baru ini, seorang wanita di Twitter meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya apabila berjaya mendapatkan semula wang yang hilang kerana di ‘scam’ selepas tiga tahun.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Sofea Rozaidi menyatakan dia telah ditipu pada tahun 2020 semasa ingin membuat pembelian sebuah akaun Instagram untuk memulakan perniagaan pakaian pada ketika itu.
Katanya ketika itu dia terdesak untuk meneruskan hidup, selain mengakui mengalami masalah depresi pada beberapa bulan yang lalu.
Namun apa yang dirancang menjadi sebaliknya apabila dia kemudian mendakwa ditipu oleh seorang scammer yang bernama Amirul Aiman.
Pihak bank hubungi untuk pulang semula duit hilang
Selepas kejadian itu, Sofea tidak menyangka apabila pihak bank telah bertindak menghubunginya semalam (11 Julai) untuk memulangkan semula wang yang hilang.
“Tak sangka duit kena scam boleh dapat balik. Alhamdulillah ya.
“Tiga tahun dah kes ni, masa Maybank call tadi i macam blur (tak ingat),” katanya.
Pihak bank kemudian memaklumkan wang tersebut berkait dengan laporan polis yang pernah dibuatnya pada tahun 2020.
Memang refund from acc yang sama i buat payment 2020 dulu
— Barbie Sofea Mencari Ken (@sofearozaidi_) July 11, 2023
Pastu i DM Maybank confirmkan betul ke yang call tu no Maybank & Maybank sahkan betul tu cawangan dorang
Masa i kena scam tu. Supposed to be i transfer RM*** untuk beli IG tu
tapi i suss kan so i transfer RM** je https://t.co/4okfXGoYNS pic.twitter.com/8PBvfFYpiA
Duit dipulangkan semula dari akaun yang dilaporkan
“Memang refund (pulangkan) dari akaun yang sama saya buat bayaran pada tahun 2020 dulu.
“Saya kemudian memberi mesej kepada Maybank untuk mendapatkan kepastian adakah benar pihak yang menghubungi saya adalah Maybank dan disahkan betul dan ia daripada cawangan mereka,” jelasnya.
Imbau saat ditipu, sudah curiga tapi masih teruskan pemindahan wang
Menurut Sofea ketika ditipu dia sepatutnya membayar sejumlah wang untuk membeli akaun tersebut.
Meskipun merasakan ada yang tidak kena namun dia tetap membuat pembayaran dengan jumlah yang kurang dari sepatutnya.
Selepas membuat pembayaran dia kemudian meminta individu bernama Amirul Aiman itu untuk memberi maklumat butiran akaun Instagram terbabit sebelum lelaki itu memintanya untuk membuat bayaran lagi.
“Lepas tu si Amirul Aiman tu cakap kena transfer lagi untuk dia bagi, masa tu saya dah rasa sesuatu tapi masih bodoh lagi jadi saya buat pemindahan wang.
“Lepas transfer lagi RM*** dia seen lepas tu sekat dan saya terus ke balai polis untuk buat laporan.”
Bank maklum peluang dapat semula wang tipis
Ujarnya pihak bank kemudian mengambil laporannya dan cuba untuk membekukan akaun tersebut serta memaklumkan akan memberi maklumat dari masa ke semasa selain menyatakan peluang untuk mendapatkan semula wang tersebut adalah tipis.
“Kiranya Maybank memang lakukan sesuatu terhadap laporan yang saya buat sebab tu tiba-tiba hari ini dapat balik duit,” jelasnya selain mengucapkan terima kasih kepada Maybank.
Sofea dalam bebenang itu turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama scammer tersebut pada tiga tahun lalu sebelum sedar diri diperdaya.
Baru perasan i buat 3 transaction. 2 kat acc fashion tu 1 kat acc amirul bodo ni
— Barbie Sofea Mencari Ken (@sofearozaidi_) July 11, 2023
Benci betul baca balik conversation tu.
Melihat di ruangan balas, Sofea turut meminta individu yang pernah menjadi mangsa untuk membuat laporan kepada pengurusan bank dan pihak berkuasa.
Ada juga netizen yang turut memuji pihak Maybank yang disifatkan efektif dalam menguruskan hal-hal seperti ini.
Maybank memang A+. I ada buat transaction awal pagi. Mostly banyak failed. Bila failed, i buat transaction lagi sekali. End up, yang failed pun dia deduct from acc. Ada double transaction. Terus call mbb, dalam 2 weeks macam tu, dorang refund semua.
— Qemadelisha 🔥 (@qemasamat) July 11, 2023
I penah kena scam 2.4k, duit tgah float somewhere, i quickly block my acc and report to maybank. Lepas isi dispute form & made police report, alhamdulillah 2 months later i get back my money. Sesiapa yg kena scam, please contact ur bank immediately!
— Ajeerah Fareha (@AjeerahFareha) July 11, 2023