Video Wanita Menang Dengan Spesies ‘Cop Parking’ Buat Ramai Puas Hati [Video]
Ophelia turut meminta agar pihak berkuasa untuk memperketatkan lagi denda terhadap individu yang melakukan kesalahan ‘cop’ parking.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu segelintir individu yang suka ‘cop parking’ di parkir awam ini dilihat semakin kerap berlaku.
Gara-gara tidak mahu kehilangan tempat oleh kenderaan lain, ada yang sanggup berdiri di tengah-tengah petak parkir sehingga kereta yang dinaiki sampai.
Tidak kurang juga ada yang sanggup meletakkan kon atau beberapa barangan lain di kawasan parkir berkenaan asalkan parkir itu dapat menjadi ‘milik’ mereka.
Wanita pertahan hak daripada individu cop parking
Isu ini turut dihadapi seorang wanita apabila dia terpaksa berebut dengan seorang lelaki yang cuba untuk ‘cop’ parkir dipercayai di Tasik Titiwangsa.
Menerusi video dashcam yang dimuat naik oleh Ophelia di TikTok, dia pada awalnya teruja sebaik sahaja melihat terdapat parkir kosong di tepi jalan selepas beberapa kali membuat pusingan di kawasan tersebut.
Namun sejurus sampai di kawasan tersebut terdapat seorang lelaki yang berdiri di parkir tersebut dan tidak mahu beralih.
Tahu bahawa cop parking adalah satu kesalahan, Ophelia kemudian mempertahankan haknya dengan menyatakan parkir itu tidak boleh dicop.
“Ada orang muka tebal cop parking ya, kawan saya pula nak mengalah bagi dia manakala saya tidak mahu. Aku yang memandu cari parkir memang tak lah nak mengalah dengan spesis macam ni,” ujarnya.
Minta orang parkir kereta di tempat lain
Lelaki tersebut kemudian meminta agar Ophelia memakir kenderaannya di tempat lain kerana dia telah berpusing banyak kali untuk mencari tempat kosong.
“Dia suruh saya parking depan sana. Eh kaulah parking depan sana kenapa suruh aku pula,” katanya.
Apabila ditegur bahawa tindakannya itu tidak wajar dilakukan, lelaki itu kemudian menyatakan Ophelia juga akan lakukan perkara yang sama.
Segera masuk tempat parkir hingga lelaki tersebut beralih
Tidak mahu mengalah dengan lelaki tersebut, Ophelia kemudian segera memasuki kenderaannya di kawasan parkir sehingga lelaki itu mengalah dan akhirnya beralih ke bahagian tepi.
“Kesudahannya saya masuk je parking sampai dia ke tepi. Tak perlu takut dengan orang macam ni. Kita tak salah, dia yang salah,” jelasnya lagi.
Menerusi di ruangan kapsyen, lelaki itu menjelaskan kepada Ophelia dia telah berjalan kaki jauh untuk mencari parkir.
Mahu pihak berkuasa perketatkan denda orang cop parking
Dia kemudian menyoal tindakan itu dan meminta agar pihak berkuasa seperti polis untuk memperketatkan denda terhadap individu yang melakukan tindakan ‘cop parking.
“Sebab kebanyakan bila jumpa orang macam ini akan beredar terus sebab takut kereta akan dicalarkan,” tulisnya lagi.
Tindakan Ophelia membuatkan orang ramai yang menonton video tersebut berasa puas hati apabila dia tetap mempertahankan haknya dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan lelaki terbabit menang.
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir yang bimbang dengan tindakan Ophelia itu dan bertanya adakah kenderaannya calar atau diapa-apakan selepas meletakkan kenderaan di situ.
Dia kemudian menyatakan kenderaanya berada dalam keadaan baik bahkan berada di kawasan berdekatan selepas parkir di situ.
Tindakan cop parking salah disisi undang-undang
Untuk makluman tindakan cop parking merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir adalah hak milik awam. Individu yang melakukan kesalah tersebut boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
Sekiranya kesalahan dilakukan lagi individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM4,00 dan penjara tidak lebih 12 bulan atai kedua-duanya sekali.