Wanita Perbetulkan Ayat Sekumpulan Gadis Jadi ‘Grammar Nazi’ Kritik Bekas Kekasih Rakan [Video]
Hajar dalam masa sama turut meminta kumpulan gadis berkenaan untuk mencermin diri mereka sebelum mempersenda dan memalukan lelaki berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan gadis yang menjadi grammar Nazi apabila mengkritik penggunaan ayat Bahasa Inggeris yang digunakan oleh bekas kekasih rakannya dalam satu mesej.
Dalam video tersebut, salah seorang gadis itu telah bertindak untuk membaca mesej tersebut sambil memperbetulkan ayat yang digunakan oleh lelaki berkenaan.
Malah mereka bukan hanya menilai mesej itu tetapi turut mentertawakan kesalahan lelaki terbabit.
Perkara itu kemudian menjadi tular di media sosial dan ramai menyifatkan tindakan sekumpulan gadis menjadi ‘grammar Nazi’ itu adalah tidak wajar.
Ini kerana, ia bukan sahaja memalukan individu berkenaan tetapi turut membuatkan masyarakat yang kurang fasih di dalam bahasa antarabangsa berkenaan takut untuk menggunakannya.
Baca artikel berkaitan: Kumpulan Gadis Dikecam Gara-Gara Kutuk ‘Grammar’ Bekas Boyfriend Rakan [Video]
Wanita sekolahkan sekumpulan gadis persenda Bahasa Inggeris bekas kekasih rakan
Namun apa yang mencuri tumpuan seorang wanita di TikTok yang dikenali sebagai Hajar tampil memperbetulkan semula kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh kumpulan gadis berkenaan.
Dalam video tersebut, Hajar menyatakan ia adalah sesuatu perkara yang memalukan apabila kumpulan gadis itu cuba untuk menjadikan lelaki berkenaan sebagai bahan jenaka atas kesalahan tatabahasanya walhal mereka juga berbuat perkara yang sama.
“Malah anda semua mendakwa diri adalah pandai tetapi mempunyai kesalahan di setiap ayat yang diperbetulkan.
“Ia bukan ‘I have made’ tetapi ‘I made’. Apabila menggunakan ‘have made’ itu bermaksud ia adalah ‘present perfect tense’ iaitu sesuatu perkara yang dah lepas tetapi masih berlaku (sekarang) contohnya mereka masih lagi pasangan kekasih.
“Manakala ‘I made’ digunakan untuk sesuatu yang lepas (past tense) kerana pasangan tersebut telah berpisah,” jelasnya.
Jelaskan penggunaan tatabahasa yang betul untuk digunakan
Hajar turut menjelaskan kesalahan kedua dan ketiga pada penggunaan ayat yang diperbetulkan oleh gadis berkenaan adalah ‘Friend’ di mana ia perlu ditambah ‘s’ kerana ia menunjukkan lebih daripada satu selain menyatakan kita tidak boleh menjadi rakan kepada diri sendiri.
Katanya lagi, kesalahan tatabahasa dilakukan oleh kumpulan gadis berkenaan bukan hanya memalukan malah turut mendakwa mereka kedengaran rasis.
Rasa malu dengan tindakan gadis jadi grammar nazi
Dia dalam masa sama turut meminta sekumpulan gadis berkenaan untuk mencermin diri mereka sebelum ingin memalukan lelaki terbabit.
“I malu beb, I malu you macam tu,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen ramai yang bersetuju dengan tindakan Hajar menegur gadis-gadis tersebut.
Ada juga menyatakan dengan teguran yang dibuat Hajar, mereka dapat belajar sesuatu.
“Yang tepaling bahay dijadikan kawan adalah tukang baca. Terpaling toxic”
“Mana dia dapat confident tu ya”
“Aku pernah kena gelak sengih-sengih dengan kawan sebab beria cuba ‘speaking’, benda spontan nak cuba. Terus tak yakin dah. Sedih mat”
“Lah malunya weh, dia baru nak sekolahkan lelaki tu tapi dia kena sekolahkan balik”
Walau bagaimanapun, sekumpulan gadis itu telah tampil memohon maaf atas tindakan mereka yang mempersendakan lelaki berkenaan.
Baca artikel berkaitan: