fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam Lepas Kutuk ‘Grammar’ Bekas Kekasih Rakan, Kumpulan Gadis Mohon Maaf

Teruk Dikecam Lepas Kutuk ‘Grammar’ Bekas Kekasih Rakan, Kumpulan Gadis Mohon Maaf

Sebelum ini, kecoh di media sosial tindakan kumpulan gadis berkenaan yang menilai dan mengutuk penggunaan Bahasa Inggeris dalam mesej yang dipercayai bekas teman lelaki rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (12 Julai), kecoh di media sosial video sekumpulan gadis yang mengutuk mesej bekas teman lelaki salah seorang dari mereka.

Menerusi video yang dipaparkan, kelihatan kumpulan berkenaan menilai dan membetulkan ‘grammar’ di setiap ayat yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Tindakan mereka ini nyata mengundang kecaman banyak pihak kerana sikap dan perbuatan mereka seolah-olah mengejek kemampuan dan kemahiran berbahasa Inggeris seseorang.

Baca Artikel Berkaitan: Kumpulan Gadis Dikecam Gara-Gara Kutuk ‘Grammar’ Bekas Boyfriend Rakan [Video]

Kumpulan Gadis Mohon Maaf, Kutuk Kerana Ex-Boyfriend Curang Banyak Kali

Terbaharu, menerusi ciapan di akaun Twitter @Cikgu_Anep, kumpulan gadis berkenaan telah membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka.

Permohonan itu dibuat menerusi hantaran mesej peribadi ke akaun Twitter tersebut. Namun, permohonan maaf mereka disifatkan tidak ikhlas dan tiada penyesalan.

Keadaan ini diakui oleh pemilik akaun Twitter @Cikgu_Anep menerusi ruang ciapan tangkap layar permohonan maaf tersebut.

“Daripada cara penulisan, macam tak nampak penyesalan tu. Siap cuba gaslight orang lain pula,” tulisnya.

Malah, kumpulan gadis itu mendakwa ciapan tersebut telah menyinggung perasaan mereka. Mereka mendakwa video tersebut hanya bersifat sarkastik sebagai balasan kepada bekas teman lelaki rakan mereka yang dikatakan telah curang beberapa kali.

Menyangkal dakwaan itu, @Cikgu_Anep merasakan hantaran video yang telah menerima 65 ribu tontonan itu tidak menyatakan punca mereka berbuat demikian.

Video Telah Dipadam

Namun, @Cikgu_Anep telah mengambil keputusan untuk memadam video di akaun Twitternya memandangkan mesej yang mahu disampaikan kepada kumpulan gadis itu telah tercapai.

Malah, beliau berbuat demikian kerana banyak pihak yang telah mengeluarkan kata-kata kesat sekaligus tersasar dari objektif asal ciapan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masih lagi tidak berpuas hati dan menganggap tindakan mereka yang mengecam kemahiran Bahasa Inggeris itu adalah tidak patut.

Berikut antara komen netizen:

Ex-Boyfriend Curang, Bahasa Yang Dikutuknya

Perkara Itu Sekali Gus Menyinggung Orang Yang Baru Nak Jinak-Jinak Speaking

Curang Bukan Greenlight Untuk Persendakan English Orang

Baca Artikel Berkaitan: Dr Amalina Bakri Kongsi 4 Tips Lancar Bebahasa Inggeris

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.