fbpx
Now Reading
Punca Bakteria, Ini 5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Bila Berada Di Bilik Air

Punca Bakteria, Ini 5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Bila Berada Di Bilik Air

Bawa telefon ke tandas merupakan antara kesilapan yang sering dilakukan dan boleh menggalakkan pembiakan bakteria.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bilik air merupakan antara ruang dalam rumah yang sering digunakan oleh setiap individu. Oleh kerana ia kerap digunakan, ia perlu dicuci selalu bagi mengelakkan penularan bakteria yang boleh mengundang penyakit.

Namun, walaupun kita mencuci bilik air hampir setiap minggu dan berasa yakin dengan kebersihan ruang itu, tahukah anda, terdapat beberapa kesilapan kerap dilakukan sehingga boleh menjejaskan kesihatan kita.

Berikut kami kongsikan lima kesalahan yang sering dibuat:

#1 Tidak Menutup Mangkuk Tandas

Foto: Pexels

Tahukah anda, ada sebab kenapa mangkuk tandas dilengkapi dengan penutup. Ramai antara kita yang hanya membiarkan mangkuk tandas terbuka.

Tindakan membiarkan penutup mangkuk tandas terbuka terutama ketika ‘flush’ boleh menyebabkan partikel air dari proses tersebut terkeluar daripada mangkuk.

Percikan air itu boleh terkena dengan bahagian atau benda yang berada dalam bilik air anda seperti sabun, syampu dan sebagainya.

Berdasarkan kajian, air daripada mangkuk tandas mengandungi bakteria dan bakteria ini berada di udara untuk tempoh yang lama sebelum menjumpai habitat yang sesuai. Oleh itu, anda disarankan untuk menutup mangkuk tandas terutama ketika mengepam air.

#2 Bawa Telefon Bimbit Ke Dalam Tandas

Foto: Pexels

Kesalahan yang kedua ini antara perkara yang sering kali dilakukan oleh sesetengah individu. Sambil-sambil membuang air besar ataupun kecil, ada di antara anda yang menggunakan telefon bimbit ketika berada di tandas.

Tahukah anda, tabiat membawa telefon bimbit boleh menyebabkan jangkitan bakteria kepada peranti itu. Jirusan air di mangkuk tandas boleh menyebabkan kuman seperti E.coli tersebar di telefon bimbit anda.

Oleh itu, elakkan daripada membawa telefon bimbit ke dalam tandas bagi mengelakkan berlakunya jangkitan bakteria.

#3 Simpan Berus Gigi Ketika Basah Dalam Bekas Bertutup

Foto: Freepik

Ada setengah daripada kita yang merasakan menyimpan berus gigi dalam bekas yang bertutup adalah selamat dan bersih.

Namun, tindakan ini sebenarnya boleh menggalakkan lagi pembiakan bakteria sekiranya anda menyimpan berus gigi yang masih basah dan lembap dalam bekas bertutup.

Seharusnya, anda perlu mengeringkan berus gigi terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam bekas khas.

#4 Tidak Buka Tingkap Bilik Air

Foto: Pexels

Perasan tak setiap bilik air dilengkapi dengan tingkap kecil di setiap kediaman? Fungsi utama tingkap itu adalah bertujuan untuk membantu pengudaraan yang baik dalam bilik air anda.

Namun, ramai antara kita mungkin tidak sedar dan hanya membiarkan tingkap bilik air sentiasa tertutup.

Anda dinasihatkan untuk sentiasa membuka tingkap semasa menggunakan bilik air sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit. Ia penting bagi mengurangkan kelembapan dengan kadar segera.

#5 Simpan Alat Solek & Barang Make-up Dalam Bilik Air

Foto: Pexels

Pada masa kini, ada setengah wanita yang gemar bersiap dalam bilik air dan menyimpan alat solek serta barangan make-up dalam bilik air. Perbuatan menyimpan barang-barang make-up dalam bilik air sebenarnya adalah tidak elok.

Ini kerana keadaan bilik air yang lembap boleh menggalakkan pembiakan bakteria pada alat solek anda. Keadaan ini juga boleh menyebabkan alat solek dan barang make-up menjadi cepat rosak.

Kesimpulannya, elakkan diri anda daripada melakukan lima kesalahan di atas. Lakukan perubahan bermula hari ini.

Ia penting bagi mengelakkan anda dan keluarga daripada dijangkiti oleh kuman dan penyakit berbahaya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.