fbpx
Now Reading
Lelaki Maut Akibat Jangkitan Bakteria Selepas Makan Oyster Mentah

Lelaki Maut Akibat Jangkitan Bakteria Selepas Makan Oyster Mentah

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, dia yang berasal dari Texas dikatakan mengambil beberapa ekor makanan laut tersebut di sebuah restoran yang terletak di Galveston pada 29 Ogos yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini antara makanan laut yang menjadi pilihan individu adalah tiram mentah atau lebih dikenali sebagai oyster.

Walaupun tabiat makan makanan mentah terutama oyster telah lama diamalkan oleh masyarakat luar negara, tetapi di Malaysia, ia baru sahaja mula menjadi pilihan individu sejak beberapa tahun yang lalu.

Pengambilan makanan mentah ini nyata mempunyai khasiatnya yang tersendiri buat tubuh manusia, namun tahukah anda, ia juga boleh mendatangkan mudarat kepada seseorang.

Lelaki Maut Selepas Makan Oyster Mentah

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 30 tahun di Amerika Syarikat yang disahkan maut akibat jangkitan bakteria selepas makan tiram mentah.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, dia yang berasal dari Texas dikatakan menjamu beberapa makanan laut tersebut di sebuah restoran yang terletak di Galveston pada 29 Ogos yang lalu.

Lelaki itu kemudiannya dimasukkan ke hospital selepas dua hari pengambilan makanan laut itu dan meninggal beberapa hari kemudian.

Ambil Ubat Untuk Sistem Imun, Dipercayai Punca Kepada Jangkitan Bakteria

Walau bagaimanapun, menurut Dr Philip Keiser yang mewakili pejabat kesihatan tempatan, pemuda itu sememangnya mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan hati. Malah, dia juga turut mengambil ubat yang menganggu sistem pertahanan badannya.

“Keadaan yang dialami memudahkan lelaki berkenaan terkena jangkitan Vibrio Vulnificus,” katanya lagi.

Difahamkan, pemuda itu maut hanya beberapa hari selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan amaran tentang larangan berenang di laut Mexico serta makan tiram mentah ekoran daripada suhu yang tinggi yang menyebabkan bakteria ini mula berkembang.

Penyiasat Masih Lakukan Siasatan

Susulan daripada kejadian ini, sekumpulan penyiasat sedang mengenal pasti punca bakteria yang menjangkiti lelaki tersebut.

“Kami telah pergi ke restoran berkenaan dan mengeluarkan kesemua tiram di bahagian rak. Terdapat tanda pada tiram tersebut memudahkan siasatan dijalankan. Ini juga memudahkan kami untuk menyiasat tentang jangkitan kuman daripada tiram tersebut,” kata Dr Keiser.

Antara simptom yang dialami oleh individu jika dijangkiti bakteria ini adalah mual, muntah dan ruam yang merebak dengan lebih cepat.

Malah, menurut CDC, dianggarkan sebanyak 80,000 penyakit dan 100 kematian dilaporkan setiap tahun akibat daripada jangkitan bakteria ini.

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna, Kaki & Tangan Wanita Terpaksa Dipotong

Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Kongsi 4 Cara ‘Defrost’ Bahan Mentah Agar Tidak Berlaku Keracunan Makanan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.