fbpx

Mahu Belajar Skill Solekan Thailand, Alha Alfa Ambil Kelas Persendirian Dengan MUA ‘Viral’

Sentuhan Babarabeer nyata menarik minat Alha Alfa sehingga menyebabkan dia terbang ke Thailand bagi mempelajari teknik solekan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ilmu merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia. Ia menjadi panduan kepada individu dalam melayari liku-liku kehidupan di muka bumi ini.

Bagi setengah orang, walaupun telah berada di tahap yang tinggi, namun, dia masih lagi merasakan ilmu di dada tidak mencukupi dan sanggup berguru bagi menambah ilmu sedia ada.

Dah Hebat Tapi Masih Tambah Ilmu

Perkara sama turut dilakukan oleh jurumekap terkenal tanah air, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau Alha Alfa yang sanggup mengambil kelas persendirian bersama jurumekap ‘viral’ dari Thailand, Babarabeer.

Babarabeer mula terkenal selepas hasil solekannya semasa majlis perkahwinan pelakon Janna Nick mendapat perhatian ramai.

Solekan yang disifatkan sebagai ‘neutral’ itu nyata menarik minat ramai pihak terutamanya Alha Alfa sehingga beliau sanggup merentas sempadan negara pergi ke Thailand hanya semata-mata untuk menimba ilmu solekan tersebut.

Perkara itu dikongsikan di akaun Instagram @alhaalfa menerusi video hasil makeup beliau bersama jurusolek dari Thailand itu.

“Hari pertama, bersama jurusolek berbakat Babarabeer, 1 to 1 kelas persendirian bersamanya,” tulis beliau menerusi ruangan kapsyen.

Malah, menerusi ruangan kapsyen di video tersebut, beliau juga tidak kisah sekiranya selepas ini pelanggan meminta beliau membuat gaya solekan dari pelbagai negara.

“Lepas ni cakap je nak makeup macam mana, Malaysia boleh, Indonesia boleh, Thailand boleh, nanti Hollywood okay?” tulisnya.

Teknik Solekan Thailand 70% Beza Dengan Teknik Biasa

Beliau turut berkongsikan kepada peminat bahawa teknik solekan yang dipelajarinya adalah 70% berbeza dengan teknik yang biasa digunakan.

Bagi beliau, walaupun hasil makeup nampak ‘simple’ dan ‘mudah’, teknik tersebut terlalu terperinci hingga perlu diberi fokus dan komitmen yang tinggi terutama kepada pelanggan yang bakal mendapat sentuhan beliau nanti.

“Make up diorang memang simple, langkah dan produk simple, cuma teknik dia yang buat kita sesak nafas,” tulisnya menerusi hantaran terbaru di Instagram.

Tambah beliau lagi, ilmu yang dipelajari di Thailand ini menyebabkan dia sebagai jurusolek perlu mengubah mentaliti dan tidak hanya memfokuskan kepada teknik semata-mata.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dan memuji tindakan beliau yang masih lagi menuntut ilmu walaupun telah berada di tahap sekarang.

Malah, ada juga yang tidak sabar untuk mengupah beliau menjadi jurusolek di hari bahagia nanti.

Terbaik Datuk, Dah Hebat Tapi Masih Tambah Ilmu

Kalau Nak Minta Datuk Makeup Untuk Nikah Atau Sanding, Kena Hubungi Siapa Datuk?

Orang Yang Hebat Adalah Orang Yang Dah Berilmu Tapi Masih Tak Bosan Cari Ilmu Lagi

Baca Artikel Berkaitan: [GAMBAR] Perubahan Solekan Wajah Ini Membuktikan Semua Wanita Boleh Cantik Seperti Artis

Baca Artikel Berkaitan: Girls! Tips Solekan Ini Boleh Bantu Korang Tampil Lebih Cantik & Menawan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.