“Baru Save Terus Delete Balik” – Resepi Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Oleh Pakcik Ini Buat Ramai Terhibur [Video]
Menurut Cikgu Man yang juga pesara guru itu, resepi ikan baung yang dikongsikannya adalah untuk orang bujang di mana kosnya lebih murah berbandung dengan makan di kedai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan aktiviti memasak merupakan sesuatu perkara yang menarik untuk dilakukan.
Malah bagi mereka yang mengemari aktiviti tersebut pasti akan sentiasa mencari resepi-resepi baru untuk dicuba tidak kiralah ia hidangan makanan tempatan mahupun antarabangsa.
Apa yang lebih menarik, dalam dunia serba moden ini pelbagai resepi berada di hujung jari apabila ramai yang telah berkongsi di dalam media sosial, internet dan sebagainya.
Para penonton juga dapat menyaksikan secara langsung bagaimanakah cara dan tekstur yang diinginkan apabila memasak.
Pesara guru kongsi resepi masak ikan baung masak lemak cili api
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang warga emas yang juga pesara guru telah berkongsi cara untuk memasak ikan baung masak lemak cili api yang sedap.
Menerusi video dimuat naik oleh Cikgu Man Selancar, dia pada awalnya telah mendapat ikan baung yang dipancing di sebuah kawasan.
Dia kemudian menunjukkan bagaimana ikan tersebut perlu dipotong sambil menunjukkan beberapa biji belimbing buluh sebagai bahan tambahan untuk masakan berkenaan.
“Resepi baung masak lemak cili api paling padu. Siang dan basuh ikan baung guna air asam jawa.
“Jang lupa letak belimbing buluh,” katanya.
Namun kuah masak lemak beli di kedai
Namun tidak lama selepas itu dia dilihat berkunjung ke sebuah kedai makan.
Apa yang mengejutkan, tujuannya ke sana adalah untuk membeli kuah masak lemak.
“Mah nak beli kuah masak lemak cili apinya boleh Mah? Boleh ya, bagi kuah RM1.
“Kedai ni, masak lemak cili apinya memang padu,” kata cikgu Man.
Dia kemudian pulang ke rumah dan meletakkan kuah, ikan dan juga belimbing buluh tersebut ke dalam sebuah periuk.
Gelagat cikgu Man buat ramai terhibur
Malah dia turut mengacau masakan itu sebelum menutup periuk tersebut untuk menunggu ia masak sepenuhnya.
“Ha itulah resepi orang bujang. Hasilnya memang padu kalau dekat kedai RM50 tak kurang,” ujarnya lagi.
Gelagatnya itu secara tidak langsung membuatkan ramai terhibur apabila mereka seperti tertipu kerana awalnya menyangka cikgu Man ingin berkongsi resepi sebenar namun hasilnya adalah sebaliknya.