fbpx
Now Reading
Allah Bayar ‘Cash’! Rider Tak Sangka Dapat Tips RM50 Dari Pelanggan Selepas Bantu OKU Betulkan Rantai Basikal [Video]

Allah Bayar ‘Cash’! Rider Tak Sangka Dapat Tips RM50 Dari Pelanggan Selepas Bantu OKU Betulkan Rantai Basikal [Video]

Rider Foodpanda itu menyatakan tujuan dia berkongsi video tersebut bukanlah untuk menunjukkan kebaikannya tapi mahu orang lain untuk melakukan amalan yang mulia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melakukan kebaikan merupakan amalan mulia yang dituntut dalam setiap agama.

Malah Allah SWT juga menjanjikan pahala kepada setiap hambaNya yang melakukan kebaikan tidak kiralah sesama manusia mahupun makhluk lain seperti pokok, haiwan dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik, kebaikan yang ditonjol oleh setiap individu juga dapat menjadikan hubungan harmoni sesama manusia.

Rider tak sangka Allah bayar ‘cash’ lepas buat kebaikan

Samalah seperti video yang tular di media sosial ini yang memaparkan tindakan seorang penghantar makanan yang membantu seorang individu istimewa dan tidak sangka dengan rezeki yang dimilikinya selepas perkara itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wan Pedro Chaka awalnya dia terlihat seorang adik yang duduk di tepi jalan sambil melihat ke arah rantai basikalnya. Dia kemudian berfikir mungkin rantainya tercabut sebelum bertindak untuk bertanya kepada adik berkenaan.

Bantu individu OKU Syndrome Down betulkan rantai basikal

Apabila didekati untuk membantu dia kemudian menyedari adik tersebut merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down. Wan kemudian meminta adik itu menunggunya di situ sementara dia menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan di rumah berdekatan.

“Jadi aku datang balik nak tolong dia lah. Jadi seperti yang fikir tadi memang betul rantai dia tercabut, aku pun turunlah tolong dia macam dalam video.

“Lepas tu hujung-hujung tu aku ada tanya dia ‘adik nak pergi mana surau ke?’. Yelah sebab dia pakai kopiah dan depan tu sikit ada surau,” ujarnya sambil meminta adik itu berhati-hati.

Adik itu kemudian mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi menuju ke destinasinya.

Dapat tips banyak dari pelanggan

Namun selepas sahaja membantu kanak-kanak itu, Wan kemudian menyatakan dia mendapat sekitar lima hingga enam pelanggan yang memberikannya tips bernilai RM5 dan ke atas.

“Aku rasa macam wow, Allah SWT bayar cash mat. Yelah benda aku boleh je pulang baki tak ada masalah pun. Tapi tulah, aku rasa hari tu duit tips sahaja aku dapat dalam RM50.

“Siapa nak bagikan? dalam app lagi ada pelanggan bagi tips. Maknanya memang betul la orang kata kalau kau buat kebaikan Allah SWT balas dengan kebaikan. Tapi kalau kau buat kejahatan kadang Allah tak balas pun sebab dia masih sayangkan kau,” ujarnya lagi.

Bukan untuk menunjuk tetapi sebagai simpanan sendiri

Menurut Wan tujuan dia merakam momen itu hanyalah untuk simpanan sendiri dan jauh sekali untuk menunjuk.

“Jadi lepas ni kalau korang ada nampak orang dalam kesusahan tepi jalan dekat mana-mana, jika ada masa dan ruang cubalah bantu.

“Mana tahu Allah SWT balas lebihkan? Semoga korang semua yang baca dipermudahkan urusan dan dilancarkan rezeki,” luahnya lagi.

@wanpedrochaka

Ceritanya mcm ni☺️ aku masa ni nak hantar oder. Ade ternampak adik ni duk tengok je rantai basikal dia . Dalam kepala aku mungkin rantai tercabut kot. so aku tanya dia knp dik? dia kata x tau la. x boleh nak kayuh la. sambil dia pandang muka aku.Bila aku tengok muka dia rupanya dia anak istimewa yang jenis muka sama je semua tu. apa tah nama dia aku lupa. And then aku ckp kat dia kejap dik adik tunggu situ. sebab aku nk hantar oder kejap rumah cust depan tu sikit je x jauh. so aku dtg balik nak tlg dia la. so seperti yang aku pikir tadi memang betul rantai dia tercabut. so aku turun la tlg dia mcm dlm video. pastu hujung2 tu aku ade tanya dia adik nk pergi mana surau ke? yela sebab dia pakai kopiah kan depan tu sikit ade surau. aku pon ckp okay la hati2 and then dia pon ckp terima kasih. Dekat sini bukan aku nak tunjuk yang aku ni acah2 baik ke apa ke tak.Tapi kalau korang ade rase aku mcm tu aku mintak maaf awal2 la ye☺️🙏 Point dia dekat sini yang aku nk cerita sebenarnya nak tahu apa? Lepas je aku tlg adik ni. Ade dalam 5-6 org cust oder cash semua bagi tips dekat aku atas rm 5. So aku rase mcm waw. Allah bayar cash mat. yelah mende aku boleh je pulang baki xde masalah pon. Tapi tu la, aku rase haritu duit tips saja aku dpt dlm rm 50🥺 sapa nak bagikan? dalam app lagi ade cust bagi tips.Maknanya memang betul la org kata kalau kau buat kebaikan allah balas dgn kebaikan. Tapi kalau kau buat kejahatan kadang allah x balas pon sebab dia masih sayangkan kau. Tujuan record memang utk simpanan sendiri je x de niat nk menunjuk. Jadi lepas ni kalau korang ade nampak org dalam kesusahakn tepi jalan. kat mana2 ke kalau ade masa and ruang cuba la bantu. mana tahu allah balas lebih kan?☺️ Semoga korang semua yang baca dipermudahkan urusan dan dilacarkan rezeki🤲🫶 #tiktokmalaysia #fypシ #foodpandamalaysia #foodpanda #fyppage #fypforyou #akuhanyariderpanda #fyp

♬ original sound – GAJAH TERBANG – GAJAH TERBANG

Keluarga ucap terima kasih bantu adik OKU

Di ruangan komen, terdapat seorang individu yang dipercayai ahli keluarga kepada adik OKU tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Wan dan berdoa agar dia dimurahkan rezeki.

Video itu turut mendapat perhatian ramai yang mengucapkan terma kasih selain menyatakan ia adalah satu perkongsian yang baik.

Tidak kurang juga ada yang memaklumkan adik itu turut dikenali dengan nama Manja di kawasan tersebut.

“Nama adik ni Anje orang taman kami. Alhamdulillah terima kasih bantu Anje.”

“Nama panggilan dia ‘manja’, memang rajin pergi solat ni”

“Hebat anak muda, semoga Allah SWT sentiasa mudahkan segalanya buatmu anak muda. Untuk anak istimewa, ya Allah kurniakan kemudahan dalam hidup mu anak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.