fbpx
Now Reading
Tapir Malaysia Dikesan Berenang Merentasi Tambak Ke Singapura

Tapir Malaysia Dikesan Berenang Merentasi Tambak Ke Singapura

Menurut Richard Seah yang terserempak dengan tapir itu mengatakan dia tidak sempat untuk mengambil gambar tapir berkenaan manakala video di dalam GoPro miliknya kabur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seekor Tapir Malaya telah di kesan berada di Singapura pada Sabtu (22 Julai) lalu dan dipercayai telah berenang dari Malaysia ke negara jiran tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres) Kalai Vanan Balakrishnan, dia berharap agar haiwan liar berkenaan menemui jalan untuk pulang semula ke habitat asal.

Sekiranya gagal, haiwan itu akan di hantar ke Malaysia jika ia ditangkap, katanya dipetik The Straits Times.

Tapir kembali ke laut dan berharap temui jalan pulang ke habitat asal

Memetik Malay Mail, Kalai memaklumkan pasukan penyelamat hidupan liar Acres telah mendapat panggilan berhubungan penemuan itu. Namun sejurus mereka tiba di kawasan berkenaan tapir itu telah kembali ke laut, dan pihaknya berharap haiwan itu akan menemui jalan untuk pulang semula.

Kehadiran haiwan itu telah dikesan berada di Punggol Park Connector oleh seorang pengguna di Facebook, Richard Seah yang berkongsi di dalam laman grup Wildlife Sightings.

Malah dia turut menyifatkan bahawa haiwan kategori mamalia itu mempunyai saiz yang besar seperti babi.

Hanya dapat ambil gambar tapir

Walau bagaimanapun, Seah memaklumkan dia tidak dapat mengambil gambar tapir berkenaan kerana haiwan itu terlalu laju dan video rakaman dari GoPro miliknya pula kelihatan kabur.

“Ia sangat malu dan melarikan diri.”

Seorang lagi ahli kumpulan tersebut yang dikenali sebagai MC Wai menyatakan dia lebih bertuah apabila dapat melihat sekilas haiwan herbivor itu sebelum melaporkan kepada Lembaga Taman Negara.

Menerusi videonya, bahagian belakang tapir itu dapat dilihat sewaktu dia berjalan sepanjang jalan.

Untuk makluman penemuan haiwan itu bukan pertama kali di negara berkenaan malah pada 2016 ia pernah dilihat di Changi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.