fbpx
Now Reading
“Terlalu Excited” – Gadis Solat Subuh Pakai Jubah Konvo & Mortar Board Buat Ramai Terhibur [Video]

“Terlalu Excited” – Gadis Solat Subuh Pakai Jubah Konvo & Mortar Board Buat Ramai Terhibur [Video]

Kejadian mencuit hati berlaku apabila dahi gadis tersebut tidak mencecah sejadah semasa sujud kerana terhalang dengan mortar board yang dipakainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara momen penting dan bahagia seseorang selain daripada hari perkahwinan pastinya saat graduasi atau konvo selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan semasa menuntut ilmu.

Oleh itu, pasti akan ada segelintir graduan yang melakukan persiapan serta menyediakan kelengkapan penting bagi menghadapi hari bermakna itu seawal mungkin.

Manakan tidak, kalau ada dokumen penting yang terlupa nak dibawa, kan dah jadi satu masalah untuk masuk ke dalam dewan konvokesyen.

Gadis bersiap pakai jubah konvo seawal subuh

Namun lain pula kisah dengan seorang gadis ini apabila tular di media sosial video dirinya bersiap seawal subuh dengan memakai jubah konvo dan mortar board undang perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @aidakhal, adik kepada wanita itu difahamkan mula bersiap pada jam 5.50 pagi.

Siap solat subuh pakai jubah konvo dan mortar board

Tidak hanya itu, gadis terbabit juga dilihat menunaikan solat subuh dengan memakai jubah konvo berserta mortar board.

“Ada budak terpaling konvo! 5.50 pagi dah siap berjubah siap pakai mortar board. 6.02 pagi terus solat subuh dengan ‘outfit’ Konvo,” tulisnya dalam video.

Terhibur, sujud dahi tak cecah sejadah sebab terhalang dengan mortar board

Bagaimanapun, kejadian mencuit hati berlaku apabila dahi gadis tersebut tidak mencecah sejadah semasa sujud kerana terhalang dengan mortar board yang dipakainya.

“Aku ingat aku dah terpaling pandai, b***h juga,” kata gadis itu sambil ketawa sebelum membuka mortar board dan kembali solat semula.

Netizen turut terhibur tengok gelagat gadis tersebut

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut yang begitu bersemangat untuk menghadiri majlis graduasinya sehingga menggantikan telekung dengan jubah konvo semasa solat.

Malah mereka juga memahami perasaan keterujaan gadis tersebut setelah ‘struggle’ menghadapi zaman bergelar seorang pelajar universiti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.