fbpx
Now Reading
“Saya Bukan Islam”- Lelaki Terharu Dapat Bantuan Walaupun Berlainan Agama [Video]

“Saya Bukan Islam”- Lelaki Terharu Dapat Bantuan Walaupun Berlainan Agama [Video]

Melihat keadaan lelaki berkenaan, Saharuddin bertindak memberhentikan kenderaan dengan niat untuk memberi makanan dan minuman buat lelaki itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang pasti pernah merasai saat kesusahan dalam kehidupan harian. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Dalam Islam, selain daripada diberi ganjaran pahala apabila kita menolong seseorang, pastinya kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan kebaikan.

Malah, bantuan yang diberikan juga akan mewujudkan satu kepuasan dalam diri individu apabila membantu orang lain.

Keluar Mencari Rezeki Pada Hari Cuti Umum

Menerusi video yang dikongsikan oleh aktivis sosial, Saharuddin Amirullah di akaun TikTok miliknya, kelihatan seorang lelaki yang berusia 40-an sedang memasang banner di tepi jalan.

Melihat keadaan lelaki berkenaan, Saharuddin bertindak memberhentikan kenderaan dengan niat untuk memberi makanan dan minuman buat lelaki itu.

Namun, melihat kepada kegigihan lelaki berkenaan mencari rezeki ketika hari cuti umum, Saharuddin menawarkan bantuan seperti bekalan barang dapur kepada lelaki itu.

 “Pakcik, sudah kahwin? Ada tanggungan? Saya mahu bagi barang dapur bolehkah?” tanya Saharuddin.

“Ya sudah, ada tanggungan. Boleh juga,” kata lelaki itu.

Was-Was Untuk Terima Bantuan Kerana Bukan Islam

Namun, pertanyaan lelaki itu ketika menerima bantuan barang dapur nyata menarik perhatian. Dia kelihatan was-was untuk menerima bantuan berkenaan hanya kerana dia bukan seorang yang beragama Islam.

“Tidak apa-apakah? Saya bukan orang Islam,” tanya lelaki itu menerusi video yang dikongsikan.

Namun, Saharuddin menyakinkan lelaki berkenaan untuk menerima bantuan yang diberikan kerana niatnya untuk membantu sesama insan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Tidak apa-apa pakcik, pakcik kan memerlukan tak salah kalau saya membantu sesama insan,” kata Saharuddin.

Bagi Saharuddin, dia merasakan lelaki berkenaan memerlukan bantuan apabila dia tidak menolak pemberian yang diberikan.

“Keras kehidupan sampai ada sebahagian orang memilih untuk turun kerja walaupun hari public holiday. Dan kalau pakcik ni orang senang pasti dia akan menolak pemberian saya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di video tersebut.

Malah, Saharuddin berpendapat bahawa lelaki ini merupakan seorang yang jujur ekoran tindakannya yang berterus terang bahawa dia bukan beragama Islam ketika bantuan dihulurkan.

Bagi Saharuddin, majikan lelaki berkenaan beruntung kerana memiliki pekerja yang jujur dan rajin seperti lelaki itu.  

@saharuddinamirullah

Keras kehidupan sampai ada sebahagian orang memilih untuk turun kerja walaupun hari public holiday. Dan kalau pakcik ni orang senang pasti dia akan menolak pemberiaan saya.

♬ suara asli – Sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan respon yang diberikan oleh lelaki berkenaan ketika menerima bantuan berhubung dakwaan dirinya yang bukan Islam.

Bagi sesetengah warganet, mereka bersetuju dengan Saharuddin bahawa bantuan yang dihulurkan adalah sama tanpa perlu mengambil kira perbezaan agama.

Ada juga di antara mereka yang turut mendoakan kesejahteraan dan kemurahan rezeki buat kedua-dua lelaki dalam video berkenaan.

Part Dia Cakap Yang Dia Bukan Islam Tu Terus Saya Tersentuh

Sebenarnya Kita Rasa Hidup Kita Susah Tapi Ada Yang Lagi Susah Dari Kita

Tidak Kisah La Apa Agama Pun Tapi Kalau Memerlukan Bantuan Semua Layak

Terima Kasih Orang Baik

Semoga Kebaikan Kalian Dibalas Dengan Kebaikan & Pahala

Baca Artikel Berkaitan: Terkesan Lihat Kesusahan Orang Lain, CEO Kilang Coklat Berusia 11 Tahun Bantu Golongan Memerlukan

Baca Artikel Berkaitan: Sepasang Suami Isteri Hulur Bantuan Kepada Rakyat Malaysia di Singapura

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.