fbpx
Now Reading
DJ Rara & Suria FM Realisasi Hajat Adik Syahmi, Pesakit Kanser Tahap 4 Mahu Bertemu Safee Sali

DJ Rara & Suria FM Realisasi Hajat Adik Syahmi, Pesakit Kanser Tahap 4 Mahu Bertemu Safee Sali

Menurut Rara yang turut popular dengan gelaran YBae Pah, pertemuan adik Syahmi dan Safee Sali merupakan salah satu inisiatif dari pihak Suria FM untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai anak-anak penghidap kanser.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Stesen radio Suria FM dan penyampai Suria Petang, Sharifah Shahirah yang lebih mesra dengan panggilan YBae Pah atau Kak Rara, telah merealisasikan impian seorang penghidap kanser otot tahap 4, Wan Muhammad Syahmi Ezan atau adik Syahmi dengan mempertemukan beliau bersama idolanya, Safee Sali bekas pemain bola sepak kebangsaan pada 12 Julai 2023 lalu.

Menurut penyampai radio yang popular menerusi segmen Suria Petang gandingan bersama Tyzo itu, pertemuan adik Syahmi dan Safee Sali merupakan salah satu inisiatif dari pihak Suria FM untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai anak-anak penghidap kanser.

“Sebenarnya semua terjadi secara kebetulan, macam orang kata jodoh kerana sewaktu berkunjung ke rumah adik Syahmi bagi projek bersama klien Suria FM sebelum ini, saya ada tanya pada beliau tentang keinginannya yang belum tercapai. Ternyata, adik Syahmi berhasrat untuk berjumpa dengan Safee Sali dan mujur saya mengenal beliau. Saya sangat gembira dapat mempertemukan adik Syahmi dan idolanya, semoga hubungan baik antara mereka ini berterusan sekaligus dapat membahagiakan adik Syahmi.”

Sharifah Shahirah (Rara)

Menurut lagenda bola sepak itu pula, dia sangat gembira dapat meluangkan masa bersama Rara juga adik Syahmi sekeluarga.

“Pada mulanya, semasa saya dijemput dan diberitahu oleh kak Rara dan Suria FM mengenai adik Syahmi saya sangat berbesar hati apabila beliau meminati saya walaupun dalam keadaannya yang lemah.

“Buat adik Syahmi, saya doakan beliau untuk tidak pernah berputus asa, sentiasa berfikiran positif kerana tiada apa yang mustahil di dunia ini. Saya akan cuba sedaya upaya memberikan sokongan moral buat adik Syahmi untuk terus bangkit melawan sakitnya dan kepada Suria FM juga Kak Rara, terima kasih untuk inisiatif sebegini bagi merealisasikan impian beliau.

“Semoga pendekatan ini dapat memberikan impak positif kepada orang ramai untuk turut membantu para pejuang kanser di luar sana.”

Ibu luah rasa syukur selepas hasrat Syahmi tercapai

Ibu kepada adik Syahmi, Masyitah turut meluahkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan buat anak bongsunya dan tidak menyangka hasrat anaknya itu akan tercapai.

“Saya sangat bersyukur dan terharu apabila impian anak saya, Syahmi tertunai kerana sememangnya beliau menanam hasrat sejak dahulu lagi untuk bertemu Safee Sali. Semuanya bagai mimpi dan saya percaya ini rezeki anak saya kerana ia berlaku secara tiba tiba setelah program temubual bersama Kak Rara tempoh lalu. Syahmi sangat teruja selepas Kak Rara dan Suria FM berkeinginan untuk mempertemukan beliau dan idolanya. Ribuan terima kasih kepada pihak Suria FM dan Kak Rara diatas peluang dan pengalaman yang sangat indah buat Syahmi.

“Buat ibu bapa di luar sana, teruskan berjuang untuk anak-anak yang menghidap penyakit kanser atau apa sahaja penyakit kerana semangat mereka datangnya daripada kita selaku keluarga. Terus berikan kata positif sekaligus menyakinkan mereka untuk kekal melawan penyakit yang dihadapinya.”

Difahamkan adik Syahmi disahkan mengidap penyakit kanser otot tahap 4 pada April 2021 sewaktu ulang tahunnya yang ke-14.

“Makin hari, saya jadi suka dengan kerja saya di  Suria FM kerana selain menghiburkan orang, saya juga berpeluang bertemu dengan orang-orang yang memerlukan. Ini sedikit sebanyak dapat berkongsi dan memberi kesedaran kepada semua pendengar Suria FM,” ujar Rara lagi.

Dalam pada itu, berita baik buat semua pendengar Suria, jangan lepaskan peluang dapatkan barangan eksklusif Suria dengan potongan sebanyak 50% sempena ‘Jualan Hari Gaji’ sehingga 31 Julai 2023 ini!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria di sini atau laman Kedai Suria di sini. Selain itu anda boleh ikuti Suria FM di Facebook dan IG.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.