Gara-Gara Parkir Tempat Gelap, Wanita Terkejut Tayar Kereta Kena Curi [Video]
Pemilik kenderaan itu terkejut apabila mendapati dua tayar kereta perodua Myvi miliknya telah hilang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes kecurian merupakan perkara yang sering berlaku dalam masyarakat sejak dahulu lagi. Lazimnya, si pencuri akan bertindak mengambil barang milik orang lain yang tidak mampu dimiliki.
Kebiasaannya, barang yang dicuri adalah lebih mahal dan mempunyai nilai yang tinggi. Antara barang yang sering mendapat perhatian kumpulan ini adalah wang, barang emas dan juga kereta.
Apabila bercakap mengenai kecurian kereta, ada di antara mereka lebih gemar mencuri bahagian tertentu yang ada pada kenderaan itu.
Begitu juga yang terjadi pada seorang gadis apabila dua tayar kereta Perodua Myvi miliknya telah dicuri.
Parkir Di Kawasan Gelap, Dua Tayar Kereta Hilang
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @mspetite_, kelihatan kereta gadis itu diparkir di kawasan yang gelap. Apa yang mengejutkannya adalah dua tayar kereta perodua Myvi miliknya telah hilang.
“Kau tengok, aku seorang dekat sini. Kau tengok, dia curi tayar wei. Ya Allah stressnya, macam mana aku nak balik ni?” katanya di video berkenaan.
Namun, dia meluahkan rasa syukur apabila dua lagi tayar kereta itu masih ada di kereta miliknya.
Kawasan Tumpuan Kecurian, Sehari Sebelum Kejadian Dah Ada Kes Curi
Menerusi video yang berasingan, gadis berkenaan berkongsi lokasi kejadian kecurian tayar keretanya.
Berdasarkan komen yang dibuat, kejadian dipercayai berlaku di Stesen KTM Teluk Pulai Klang, Selangor.
Menurut orang kampung yang menolongnya, bukan dirinya sahaja yang menjadi mangsa. Malah, sehari sebelum kejadian, sebuah kereta perodua Axia turut mengalami nasib yang sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis itu. Malah, ada warganet yang mencadangkan agar gadis berkenaan menggunakan skru keselamatan istimewa (lock nut) sebagai langkah berjaga-jaga pada masa akan datang.
Ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama tentang kecurian terutama di kawasan stesen KTM tersebut.
Beli Special Lock Nut Tayar, Tapi Kalau Hilang Hmm Pening Kepala
Kesiannya Dekat Awak
Teluk Pulai Memang Port Panas
Kakak Saya Pernah Kena Dekat Sini, Empat Biji Terus Dia Curi
Baca Artikel Berkaitan: Sanggup Curi Kereta Demi Tunai Hasrat Isteri Mengidam
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kembar Mazda’ Yang Tular Rupanya Bukan Klon Tapi Kereta Curi