Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan Sewaktu Bertugas Raih Pujian Netizen
Menerusi hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia, kelihatan anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Daerah Jelebu membantu seorang warga emas yang membawa troli barang untuk melintas jalan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bidang kepolisan sering dikaitkan dengan kecekapan dan ketangkasan anggota dalam menjalankan tugas mereka.
Pada masa kini, tugas pasukan keselamatan ini dilihat semakin mencabar terutama dalam menangani masalah jenayah dan sosial di kalangan masyarakat.
Namun, dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki, anggota keselamatan ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap orang awam.
Ini kerana sering kali kita dengar dan lihat, golongan ini sanggup menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira waktu dan situasi.
Bantu Warga Emas Lintas Jalan Ketika Menjalankan Tugas
Begitulah yang dilakukan oleh seorang anggota polis sewaktu operasi pemantauan lalu lintas di sekitar Pekan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
Walaupun pada ketika itu anggota polis trafik sedang sibuk membuat pemantauan, namun ada di antara mereka yang sanggup menghentikan tugas semata-mata mahu membantu golongan yang memerlukan.
Menerusi hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia, kelihatan Konstabel Mohd Danish Khairuddin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Jelebu membantu seorang warga emas melintas jalan ketika sedang membuat pemantauan.
Pada ketika itu, dapat dilihat keadaan jalan raya yang sibuk dan banyak kenderaan yang pastinya menyukarkan warga emas itu untuk melintas jalan.
Walaupun bantuan yang dihulurkan nampak kecil, namun ini membuktikan bahawa anggota polis itu sangat mengambil berat keselamatan orang awam tanpa mengira waktu dan tempat.
PIC OF THE DAY: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA “Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi.” Konstabel Mohd Danish…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, 5 August 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan anggota polis trafik berkenaan. Kebanyakan mereka mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Malah, ada di antara warganet yang turut mengaitkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dengan bantuan tersebut.
Alhamdulillah, Terbaik Tuan, Terbaik PDRM
Tugas Yang Harus Dipuji, Jangan Asyik Kutuk Je
Polis & Masyarakat Berpisah Tiada
Baca Artikel Berkaitan: