Pantun “Ruh, Ruh, Ruh, Neh, Neh, Neh” Syahir Ketika Berdebat Dengan Rafizi Jadi Perhatian [Video]
Debat antaran MP, Syahir Sulaiman dan Rafizi Ramli itu turut disiarkan secara langsung di televisyen tempatan di saluran RTM pada jam 9.30 malam, semalam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (9 Ogos) telah berlangsung Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia antara Ahli Parlimen (MP) Bachok, Mohd. Syahir Sulaiman dengan Menteri Ekonomi iaitu Rafizi Ramli.
Debat itu turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan seperti ASTRO dan RTM pada jam 9.30 malam.
Perdebatan di antara dua pemimpin PAS dan PKR itu telah menjadi bualan ramai di mana rakyat dan penyokong masing-masing ingin mengetahui hujah serta perancangan yang bakal dibawakan demi membangunkan ekonomi negara.
Jelas Rafizi sebagai wakil blok kerajaan tampil dengan hujahnya begitu juga Syahir yang mewakili blok pembangkang dengan hujah-hujahnya.
Namun antara momen yang paling mencuri perhatian adalah penggulunggan oleh Syahir Sulaiman sebelum debat itu berakhir.
Pantun disampaikan Syahir Sulaiman menarik perhatian ramai
Menerusi video yang dikongsikan Astro Awani, pemimpin muda dari parti PAS itu memberikan dua pantun yang mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.
“Sudah datang daripada Bachok ni, memang Rafizi tak boleh dengar pantun tetapi saya nak bagi pantun jugalah.
“Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk yang kedua pantai, kalau memilih pemimpin negeri yang pertama elok, kedua pandai.
“Pantun anak muda pula ‘Ruh, ruh, ruh, neh, neh, neh, buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya sebelum loceng berbunyi menandakan waktu penggulungannya telah tamat.
“Ruh, ruh, ruh;
— Astro AWANI (@501Awani) August 9, 2023
Neh,neh, neh;
Buang yang keruh;
Ambil yang jernih”
Pantun Syahir Sulaiman kepada Rafizi Ramli#AWANInews #6NegeriMemilih #DebatRafiziSyahir pic.twitter.com/R0AeyUHsBF
Pantun diberikan undang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai
Pantun kedua yang dijual oleh Syahir bagaimanapun telah membuatkan ramai tertanya-tanya kerana ia kedengaran tidak sesuai.
Melihat di ruangan balas, ada juga netizen yang rasa kurang selesa dengan perkara itu apabila mengatakan pantun merupakan warisan budaya masyarakat Melayu dan ia sesuatu yang perlu dipertahankan.
Oleh itu, apabila ingin menggunakannya ia perlu diikuti dengan kaedah dan peraturan yang betul serta tidak direka sesuka hati agar ia tidak merosakan budaya pantun itu sendiri.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi rima (bunyi) a, b, a, b manakala syair pula menggunakan rima a, a, a, a.
Malah ada yang mengatakan pemimpin itu merosakkan bahasa dan warisan apabila memberikan pantun sebegitu rupa untuk dipertontonkan kepada khalayak.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaitkanbait yang digunakan Syahir iaitu ‘jernih’ dan ‘keruh’ dengan isu air yang dihadapi Kelantan.
“5 tahun lagi boleh cuba bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega”
“Rima pantun a, b, a, b dan rima syair a, a, a, a”
“Senang buat pantun macam tu. Masa aku sekolah dulu, aku masuk pertandingan patutnya aku buat macam ni…”
Pantun mempunyai beberapa rangkap
Untuk makluman pantun juga terdapat beberapa rangkap seperti dua, empat, enam dan lapan.
Penggunaan pantun ini kebiasaanya digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk menggambarkan perasaan, nasihat, menyindir serta banyak lagi.
Setiap awal pantun adalah pembayang dan kemudian diikuti dengan maksud yang ingin disampaikan.