fbpx
Now Reading
Unik! Kambing di Indonesia Suka Makan Mee Goreng Dengan Telur [Video]

Unik! Kambing di Indonesia Suka Makan Mee Goreng Dengan Telur [Video]

Kambing itu akan dimandikan sekurang-kurangnya dua hari sekali bagi memastikan ia kekal bersih dan wangi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kambing atau nama saintifiknya Capra Hircus merupakan haiwan daripada kumpulan herbivor. Lazimnya, haiwan daripada kumpulan ini hanya menjadikan tumbuhan sebagai makanan utama dalam kehidupan mereka.

Bila sebut sahaja tentang kambing, selain menjadikan tumbuhan seperti rumput sebagai makanan utama, perkara lain yang terlintas di fikiran adalah sifatnya yang takutkan air.

Malah, kebanyakan orang sering kali mengaitkan bau badan haiwan ini berpunca dari sifat kambing yang tidak gemar dengan air.

Suka Makan Mee Goreng Dengan Telur, Rumput & Daun Hanya Makanan Sampingan

Namun, lain pula dengan seekor kambing yang dimiliki oleh seorang pemuda dari Banjarnegara, Indonesia.

Sekilas pandang, tiada bezanya kambing peliharaan milik Hadi dengan kambing yang lain. Hakikatnya, kambing yang dikenali sebagai Kuncoro ini nyata berbeza.

Menurut Hadi, haiwan peliharaan yang berusia enam bulan itu gemar memakan mee goreng bersama telur.

Selain mee goreng, Kuncoro turut juga gemar makan kerepek ubi kayu, biskut dan juga susu lembu. Manakala, rumput dan daun hanya dijadikan sebagai makanan sampingan atau pelengkap oleh tuannya.

Tingkah Laku Yang Berbeza Dengan Kambing Biasa

Selain itu, Kuncoro juga mempunyai tingkah laku yang unik kerana sering mengikutnya ke mana sahaja dia pergi.

Malah, tanpa perlu dilatih, kambing itu boleh memahami dan mengikut arahan tuannya.

Tambah Hadi lagi, penjagaan Kuncoro juga adalah berbeza dengan kambing yang lain. Kambing itu akan dimandikan sekurang-kurangnya dua hari sekali bagi memastikan ia kekal bersih dan wangi.

Kambing itu turut diberi layanan istimewa ketika waktu siang, Hadi akan membenarkan Kuncoro masuk ke dalam rumah sebelum dikurung dalam kandang pada waktu malam.

“Kambing ini sudah jadi sebahagian dari keluarga, saya akan tetap menjaganya hingga tua walaupun terpaksa berbelanja lebih bagi membeli makanan kegemarannya,” kata Hadi.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.