fbpx
Now Reading
Wanita Tergamak Sihir Menantu Hanya Kerana Tak Restu Perkahwinan [Video]

Wanita Tergamak Sihir Menantu Hanya Kerana Tak Restu Perkahwinan [Video]

Menurut wanita itu, apa yang diceritakan adalah perkara yang benar dan bapa mentua menjadi saksi ibu mentua memuja foto perkahwinanya bersama suami.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan sihir tidak dinafikan masih wujud meskipun kita sudah berada di dalam arus permodenan.

Malah unsur mistik ini sering diamalkan oleh individu yang mempunyai perasaan hasad dengki, benci atau tidak suka kepada seseorang.

Tujuan sihir ini dilakukan adalah mahu melihat individu yang tidak disukai hidup merana, tidak bahagia untuk memuaskan hati si pelaku.

Bukan hanya itu, sihir juga datang dalam pelbagai bentuk contohnya sihir pemisah yang sering digunakan kepada pasangan sudah berkahwin.

Wanita disihir ibu mentua hingga rasa panas di kemaluan

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Pusat Rawatan Alternatif As-Syifa yang memaparkan seorang wanita yang disihir oleh ibu mentua apabila dilumur dengan darah haid pada badan kerana tidak merestui perkahwinannya bersama suami.

Menerusi video tersebut, kedengaran suara wanita berkenaan menjerit-jerit dan menangis ketika sedang menerima rawatan di pusat rawatan Islam.

Menurut pusat rawatan itu, wanita berkenaan merasakan bahagian alat sulitnya seperti terbakar selain ianya turut mengeluarkan air hitam yang berbau busuk.

“Ibu mentua bertopengkan iblis, alim dan imej yang warak bukanlah tiket untuk ke syurga. Satu badan dilumurkan darah kotor atau haid itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuk menantu.

“Perkahwinan yang tidak direstui, akhirnya hidup merana. Kemaluan terasa terbakar, selalu keluar air hitam yang busuk,” tulisnya.

Bapa mentua jadi saksi

Malah wanita itu menjelaskan kepada ustazah yang membantu mengubatinya bahawa setiap yang diberitahu bukanlah rekaan semata-mata sebaliknya turut disaksikan bapa mentua.

“Ustazah, saya bukan reka cerita bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk.

Dalam video itu juga kelihatan wanita berkenaan meronta-ronta semasa sedang diubati.

Ramai kongsi pengalaman dan harap bakal jadi mentua baik

Menjengah ke ruang komen ramai yang berkongsi pengalaman mereka pernah menjadi mangsa sihir.

Tidak kurang juga yang berharap agar mereka akan menjadi ibu mentua yang baik pada suatu hari nanti dan dijauhi daripada tindakan terkutuk seperti sihir itu.

Sihir adalah dosa besar

Untuk makluman, perbuatan sihir atau mengamalkan ilmu hitam adalah berdosa dan ia termasuk dalam dosa besar kerana menyekutukan Allah SWT.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Ahmad Izzudin Abu Bakar menjelaskan sihir dilakukan untuk meminta pertolongan daripada jin serta syaitan bagi mendapatkan sesuatu dan ia berlaku apabila individu mendekatkan diri kepada makhluk terbabit.

Dia juga dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai bahawa kita perlu tahu apakah kesan jika mengamalkan sihir, lapor Utusan Malaysia.

Malah Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesiapa yang mendatangi bomoh lalu meminta sesuatu daripadanya tidak diterima solatnya empat puluh hari” (Muslim: 2330)

Maka sebagai umat Islam janganlah kita mensia-siakan pahala yang dikumpul dengan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di bawah antara komen yang dikongsikan oleh netizen berhubung video yang tular.

“Saya mak mentua yang hantar sihir pemisah pada saya dan suami. Reda je penat berubat tetap sama. Mampu berdoa je..”

“Jika bakal mentua tak suka, kalau boleh elakkan berkhawin dengan anaknya. Itu yang terbaik”

“Allahuakbar, kesianya adik ni. Saya dengar jeritannya. Ya Allah, berilah kesembuhan kepada adik ni dan angkat penyakitnya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.