fbpx
Now Reading
Individu Menyamar Jadi Polis, Ugut Pelajar Konon Gay Jika Tak Bayar RM3,000

Individu Menyamar Jadi Polis, Ugut Pelajar Konon Gay Jika Tak Bayar RM3,000

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, pelajar universiti swasta itu mengenali suspek di laman sosial dan suspek mula menjemput serta berjumpa mangsa pada 10 Ogos yang lalu di Jalan Putra 4, Ampang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memeras ugut seorang pelajar universiti swasta mengundang padah apabila dia ditahan oleh polis pada jam 6.40 petang semalam (16 Ogos).

Malah, dia juga didakwa mahu melakukan seks luar tabii bersama penuntut lelaki itu sehingga menyebabkan pelajar tersebut trauma selepas diugut oleh suspek yang mahu membocorkan rahsia kepada ibunya.

Kenal Suspek Melalui Media Sosial, Minta Bayaran RM3,000 Untuk Simpan Rahsia

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pelajar universiti swasta yang berusia 24 tahun itu mula mengenali suspek di laman sosial.

Suspek mula berjumpa dan menjemput mangsa pada 10 Ogos yang lalu menggunakan kereta di Jalan Putra 4, Ampang.

Tambah beliau, suspek mendakwa dirinya merupakan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketika pertemuan itu juga, suspek turut mengatakan mangsa seorang gay dan mengugut mahu memberitahu ibu mangsa berkenaan perkara itu sekiranya pelajar terbabit tidak membuat bayaran RM3,000 kepada suspek.

“Suspek meminta wang sebanyak RM3,000. Akibat ketakutan, mangsa menghubungi rakannya untuk memindahkan wang kepadanya.

“Selepas itu, suspek membawa mangsa ke sebuah bank di Ampang Point untuk mengeluarkan wang tetapi tidak dapat dikeluarkan sehingga menyebabkan suspek marah,” kata beliau.

Sempat Beri Wang Tunai RM1,500, Minta Baki Disalurkan Secara Dalam Talian

Ekoran daripada itu, mangsa kemudiannya memberi wang tunai bernilai RM1,500 dan berjanji akan membuat bayaran baki secara dalam talian ke akaun bank suspek. Mangsa kemudiannya ditinggalkan oleh suspek di hadapan sebuah restoran.

Susulan daripada itu, pihak polis melakukan tangkapan ke atas suspek kira-kira jam 6.40 petang pada 16 Ogos di sebuah kawasan parkir kenderaan di Petaling Jaya.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau yang melibatkan dadah dan ujian air kencing menunjukkan suspek negatif dadah.

Malah, tujuan utama suspek berjumpa dengan mangsa adalah untuk melakukan seks luar tabii. Suspek turut mengugut untuk menangkap kesemua pelaku LGBT hingga menyebabkan mangsa ketakutan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan merujuk kepada mendatangkan ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan,” kata beliau.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA (17 OGOS 2023) – TANGKAPAN KES PEMERASAN.

Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Wednesday, 16 August 2023

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Buru Sekumpulan Lelaki Menyamar Jadi Polis, Siap Guna Lampu ‘Beacon’ Pada Kereta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Menyamar Tapi Pantauan” – PDRM Sahkan Dolla Diperiksa Anggota Polis Sebenar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.