fbpx
Now Reading
Lelaki Parah Dibelasah, Didakwa Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

Lelaki Parah Dibelasah, Didakwa Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

Selepas dipukul hingga tidak sedarkan diri, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah mengenai rumah tangga bergolak kerana orang ketiga bukanlah suatu perkara yang baharu. Malah saban hari ada saja cerita mengenai masalah rumah tangga yang didengari seperti curang dan sebagainya.

Lebih menakutkan apabila masalah yang berlaku itu boleh menimbulkan pergaduhan dan mengancam nyawa dek kerana berang dengan sikap pasangan yang curang dan lain-lain.

Lelaki teruk dipukul selepas dipercayai cuba bawa lari isteri orang

Baru-baru ini, seorang lelaki parah kerana teruk dibelasah oleh sekumpulan individu selepas dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 23 Januari lalu.

Jelas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohd Azam Ismail lelaki yang parah dipukul itu dipercayai cuba untuk melarikan diri dengan seorang wanita. Tindakan suspek telah membuatkan suami kepada wanita terbabit berang.

Awalnya ke kedai makan jumpa rakan sebelum dipukul

Ujarnya, siasatan awal dilakukan mendapati lelaki yang berumur sekitar 20-an itu telah berkunjung ke kedai makan di daerah terbabit bersama rakannya untuk berbincang mengenai hubungan terlarangnya pada jam 10.15 pagi.

Namun sebaik sahaja sampai di kedai tersebut mangsa telah dipukul oleh seorang individu dan menyebabkan hidungnya berdarah.

“Individu terbabit kemudian membawa mangsa ke lokasi lain dan memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri. Mangsa dipukul lebih daripada tiga individu sehingga parah.

“Susulan itu, teman wanita mangsa dan suaminya bersama tiga lagi individu ditahan di daerah ini dan sekitar Johor Bahru dalam serbuan berasingan sejak kelmarin hingga semalam, bagi membantu siasatan,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Foto: Sekadar hiasan (Freepik)

Punca insiden dipercayai kerana tak puas hati dan marah

Menurut beliau, motif insiden tersebut berlaku dipercayai kerana salah seorang dari suspek tidak berpuas hati serta marah terhadap mangsa yang bertindak ingin melarikan isterinya.

“Semakan telefon bimbit mendapati ada video kejadian mangsa dipukul di sekitar kawasan Ampang dan Selayang sebelum dibawa ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.

“Kesemua suspek warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 32 tahun dipercayai mengenali antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Tambahnya, menerusi semakan salah seorang suspek yang berusia 20-an mempunyai sembilan rekod lampau serta satu rekod dikehendaki manakala suspek lain tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Kata Mohd Azam, ketika ini mangsa masih lagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kesemua yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula pada 27 Januari untuk membantu siatasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan sekiranya sabit kesalahan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.