fbpx
Now Reading
Remaja Lelaki Amuk Guna Parang Gara-Gara Cinta Tidak Direstui Keluarga

Remaja Lelaki Amuk Guna Parang Gara-Gara Cinta Tidak Direstui Keluarga

Hasil semakan turut mendapati suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perasaan cinta sememangnya mampu mengubah seseorang. Ia mampu membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan yang tersayang.

Namun, ada segelintir individu boleh berubah menjadi lebih teruk sehingga sanggup mengenepikan dan membuang keluarga semata-mata mahu mempertahankan hubungan tersebut.

Suspek Hentak Kaki Abang & Kejar Ibu Dengan Parang

Hanya kerana keluarga tidak merestui hubungan cinta bersama kekasih, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengamuk menggunakan sebilah parang di sebuah rumah yang terletak di Jalan 10, Pandan Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, remaja berkenaan bertindak menghentak kaki abangnya yang berusia 26 tahun dengan sebilah parang dalam kejadian pada 1 November jam 4.30 petang.

“Suspek turut mengejar ibunya dengan parang menyebabkan wanita terbabit lari bagi mendapatkan perlindungan di rumah jiran,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Abang suspek yang merupakan seorang peniaga kemudiannya membuat laporan polis berhubung insiden terbabit. Malah, dia juga turut mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri akibat perbuatan remaja berkenaan.

Memetik Berita Harian, pengadu mengesyaki suspek mula menjadi tidak waras selepas menghisap vape.

Suspek Telah Ditahan Polis, Miliki Rekod Lampau Berkaitan Jenayah & Dadah

Tambah beliau, remaja yang tidak bekerja itu berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Rabu (15 November) yang lalu kira-kira jam 7 petang.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang dan ditahan reman selama empat hari bermula 16 sehingga 19 November 2023.

“Turut dirampas parang berukuran 25 inci yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Hasil semakan turut mendapati suspek memiliki beberapa rekod lampau iaitu tiga rekod jenayah dan dua rekod narkotik. Namun, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap keluarga kerana melarang suspek berkawan dengan seorang wanita.

“Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Manakala, bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan, individu boleh dijatuhi hukuman penjara bagi tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA (19.11.2023) – TANGKAPAN KES ADIK LELAKI MENGAMUK DENGAN MENGGUNAKAN PARANG.

Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Saturday, 18 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk & Bakar Kedai Telefon [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Adik Enggan Beli Rokok, Lelaki Mengamuk Bakar Rumah Pusaka

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.