fbpx
Now Reading
Pemuda Sanggup Lepaskan Jawatan Tinggi Demi Jaga Ibu Sakit [Video]

Pemuda Sanggup Lepaskan Jawatan Tinggi Demi Jaga Ibu Sakit [Video]

Jelas bekas pengurus komunikasi itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin memberi perhatian kepada ibu tersayang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar anak pasti akan berusaha untuk menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang sama seperti mana mereka menjaga kita.

Malah ada yang sanggup mengorbankan pelbagai perkara seperti pekerjaan, cita-cita asalkan ibu bapa ada di depan mata mereka.

Pemuda sanggup tinggal jawatan tinggi untuk jaga ibu lumpuh

Hal itu sama seperti apa yang dilakukan oleh seorang pemuda ini apabila dia sanggup melepaskan jawatan yang tinggi demi menjaga ibu tercinta.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang pemuda bernama Alif Rosehaizad yang berusia 34 tahun menunjukkan rutin hariannya menjaga ibu yang dikenali sebagai Chek di TikTok.

Jelas Alif, ibunya yang berusia 65 tahun itu lumpuh seluruh badan kerana menghidap Hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) disebabkan kekurangan oksigen pada Jun tahun lepas dan mengambil giliran bersama lima adik beradik untuk menjaga ibu tersayang.

“Sebelum ini, kami mengambil perkhidmatan jururawat peribadi untuk menjaga mak dari pagi ke petang, manakala saya dan adik ambil alih menjaganya selepas jam 5 petang sehingga keesokannya.

“Saya tak mampu berikan 100% perhatian kepada mak kerana kesibukan bekerja dan penat selepas balik bekerja yang membuatkan saya berada bersalah andainya kami tak mampu berikan yang terbaik kerana mak membesarkan kami adik-beradik dengan baik.

“Selain itu, saya boleh lihat perbezaan ketara apabila kami menjaga sendiri apabila mak nampak lebih sihat, berseri dan saya pun lebih puas kerana sangat teliti dalam penjagaannya,” ujar Alif kepada Harian Metro.

Buat keputusan berhenti sebab nak bagi perhatian dekat ibu

Alif membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus komunikasi strategik bagi memberi perhatian kepada ibunya sejak Jun lepas meskipun sayang dengan kerjaya tersebut.

“Sayang memang sayang (berhenti kerja) sebab sembilan tahun dalam bidang ini, saya belajar banyak dan jumpa pelbagai orang selain membina momentum dalam karier saya.

“Tapi saya yakin rezeki itu boleh dicari dan kerier saya juga boleh disambung semula bila-bila masa saja berbanding kalau saya tak jaga mak sekarang sementara di masih lagi di sini, saya akan menyesal sampai bila-bila.

“Jadi saya buat keputusan berat untuk fokus kepada mak untuk pastikan dia selesa, aibnya terjaga dan dikelilingi orang tersayang.

“Saya juga bersyukur kerana ayah kami masih lagi mempunyai sumber pendapatan jadi Alhamdulillah kami masih mampu menampung perbelanjaan cuma saya sendiri perlu mengubah sedikit gaya hidup kerana tiada lagi pendapatan dan tidak boleh lagi hidup seperti sebelum ini seperti melancong, melakukan hobi dan sebagainya,” ujarnya.

Menjaga orang sakit mencabar mental dan fizikal

Dia dalam masa sama turut menyifatkan menjaga individu yang sakit mencabar mental dan fizikal. Namun sokongan serta peranan yang diberikan oleh ahli keluarga membuatkan Alif berjaya mendapatkan rehat yang cukup.

Sebagai contoh abang-abangnya akan menjaga ibu beberapa malam dalam seminggu manakala adik perempuan mengambil tugas selepas subuh dan mengendalikan temujanji serta ubat-ubatan dekat hospital manakala yang lain sedang belajar namun sentiasa menghulurkan bantuan apabila pulang ke rumah dari tempat belajar.

Dalam video yang dikongsikan Alif, selain menjaga ibu, dia juga turut dilihat memasak, mengemas rumah, dan menjalani kehidupan yang sihat seperti bersenam.

Ujar Alif, dia dan keluarga banyak belajar untuk menjaga pesakit terlantar menerusi YouTube disebabkan tidak mempunyai pengalaman.

Katanya, dia membuka akaun TikTok itu untuk berkongsi cara menjaga pesakit terlantar, tips dan juga barang yang diperlukan.

“Melalui TikTok saya, ramai orang yang sedang melalui benda sama turut berkongsi pengalaman masing-masing dan berterima kasih dengan tips saya kongsi, semua ini juga satu motivasi bagi saya untuk terus menghasilkan content dan bersemangat untuk menjaga mak.”

@alifr0z Left my 9-5 corporate job to take care of my bedridden mak and it’s the best decision I’ve ever made. Sumpah lagi puas jaga sendiri. #adayinmylife #caregiver #caretaker #Bedridden ♬ Oke work that imaged the Ghibli-like forest – CRAFT SOUND STUDIO
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.