fbpx
Now Reading
“Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini, Jangan Pandai Sembang” – Abang Tesla [Video]

“Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini, Jangan Pandai Sembang” – Abang Tesla [Video]

Menurut wanita tersebut, komen itu bagaimanapun sudah dipadam oleh influencer terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kisah seorang usahawan dan influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla yang berkahwin dua.

Tindakan Abang Tesla untuk menjadikan perkara tersebut sebagai konten di laman TikTok miliknya telah mengundang perhatian ramai sekaligus mendapat kecaman terutamanya daripada kaum wanita.

Tidak hanya itu, golongan-golongan artis seperti Shiela Amzah dan Nabila Huda turut memberi ulasan mereka mengenai isu tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu Abang Tesla Kahwin Dua, Caprice Kena Sekolah Dengan Isteri [Video]

Sebab zuriat Abang Tesla kahwin lain?

Terkini, tular pula satu komen balas dari Abang Tesla kepada seorang pengguna TikTok mengenai punca dia berbuat demikian.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dsperfumemelaka, pemilik akaun itu bertanya mengenai mengapa Abang Tesla berkahwin dua sedangkan satu sudah cukup.

Tanpa disangka, pempengaruh yang sering memuat naik video konten mengenai kereta elektrik jenama Tesla itu membalas komennya.

“Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang,” jawab Abang Tesla.

@dsperfumemelaka

Isteri untuk DIKASIHI & DICINTAI Anak adalah REZEKI Kasihi dan sayangi ISTERI Barulah ALLAH beri REZEKI (anak)

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Bagi memastikan perbualan berkenaan benar, kami telah mencari pengguna TikTok itu. Menurut dsperfumemelaka, dia meninggalkan komen tersebut pada video tular tempoh hari sebelum komennya dibalas oleh Abang Tesla.

Bagaimanapun, menurut pemilik akaun itu komen balas daripada usahawan tersebut telahpun dipadam, tetapi sempat ditangkap layar sebelum ditularkan oleh individu lain.

@dsperfumemelaka

Replying to @A Faez dekat abg tesla punya video kwen dia yang dah viral tu.. tapi dia dah delete comment tu.. tapi ada orang yang sempat ss dan update di tik tok☺️

♬ Lily – Alan Walker & K-391 & Emelie Hollow

Komen berkenaan ternyata menjadi tular apabila ia dilihat sebagai jawapan dan punca mengapa Abang Tesla berkahwin dua.

Namun ada netizen juga menyifatkan dia seolah-olah ingin menyalahi isteri pertamanya kerana tidak mampu memberikan zuriat.

Malah segelintir wanita lain juga turut terasa hati dengan komen balas tersebut kerana mereka juga masih berjuang untuk mendapatkan zuriat bersama suami masing-masing.

Abang Tesla mohon maaf dekat para suami kerana terkena tempias

Terdahulu, Abang Tesla memuat naik satu video permohonan maaf kepada semua lelaki di Malaysia kerana turut terkena tempias daripada perbuatannya itu.

Menurutnya, terdapat segelintir kaum lelaki yang tidak dibenarkan keluar rumah termasuklah mendengar lagu yang digunakan oleh Abang Tesla dalam video terbabit.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.