fbpx
Now Reading
Ulas Isu Abang Tesla Kahwin Dua, Caprice Kena Sekolah Dengan Isteri [Video]

Ulas Isu Abang Tesla Kahwin Dua, Caprice Kena Sekolah Dengan Isteri [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Caprice di Instagram, kelihatan isterinya, Farra Inalis membebel ketika dia sedang membuat ulasan yang dilihat seolah-olah menyokong perbuatan Abang Tesla itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan isu perkahwinan kedua ‘Abang Tesla’.

Ini kerana tindakan lelaki itu yang merakam detik solat Subuh berjemaah bersama isteri pertamanya tiga jam sebelum melangsungkan pernikahan dengan isteri kedua nyata mengundang kemarahan dan kecaman netizen terutama golongan wanita.

Malah, golongan artis turut tidak terkecuali memberi ulasan mengenai isu ini antaranya Shila Amzah dan Nabila Huda.

Ulas Isu Kahwin Dua Abang Tesla, Caprice Kena Bebel Dengan Isteri

Usahawan dan rapper, Caprice turut tidak ketinggalan mengulas mengenai isu ini dari sudut pandangannya. Namun apa yang menarik perhatian adalah tindakan isterinya yang tiba-tiba terdengar dan mencelah rakaman tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Caprice di akaun Instagram miliknya, kelihatan isteri penyanyi rap itu, Farra Inalis membebel ketika dia sedang membuat ulasan yang dilihat seolah-olah menyokong perbuatan Abang Tesla itu.

“Terpulanglah? Ooo kalau hendak kahwin empat terpulanglah, you jangan nak back up tajuk-tajuk macam ini, I tak suka.

“Lelaki ni cakap pasal poligami, ‘ikut sunnah nabi’ tapi member baca Al-Fatihah pun tak betul lagi.

“You jangan nak backup-backup cerita macam ini ye,” ulang isteri Caprice kepadanya lagi.

Sebelum itu, Caprice telah memuat naik satu video berhubung ulasan mengenai perkahwinan kedua Abang Tesla di akaun Instagramnya.

Kahwin lebih Dari Satu Hak Masing-Masing

Mengulas lanjut tentang isu tersebut, bagi Caprice selagi tidak membabitkan jenayah, terpulang kepada seseorang itu untuk berkahwin lebih daripada satu.

“Terpulanglah, itu dia punya rumah tangga. Yang mampu, mampu. Yang berani, berani. Kita yang dekat tepi ini doa yang terbaik,” kata Caprice.

Malah, menerusi video tersebut juga, Caprice mendakwa tindakan Abang Tesla itu menjadi punca kemarahan isterinya.

“Orang lain yang kahwin, kita pula kena marah pagi tadi.

“Because of you bro, kita terpaksa belanja bini lebih sikit hari ni,” kata Caprice secara berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang terdiri daripada kaum Hawa menyokong tindakan isteri penyanyi rap itu.

Namun, ada juga segelintir netizen terutama dari kalangan lelaki memahami situasi yang dihadapi oleh Caprice.

Dia Mewakili Kesemua Isteri Di Dunia

Tengok Banyak Kali Puas Hati Aku

Sebab 1 Hal, Moody Semua Perempuan Di Malaysia

Kita Memang Tak Takut Bini Cap, Masalahnya Bini Pun Tak Takut Dengan Kita

Perempuan Kalau Dah Jalan Ke Depan Ke Belakang Tu Membahayakan, Tahu-Tahu Penyapu Terbang Sampai

Baca Artikel Berkaitan: “Solat Subuh Bersama Sambil Diiringi Air Mata” – Abang Tesla Kahwin Dua Lepas Berjaya Pujuk Isteri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Video Kahwin Lain, Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki Yang Kena Bebel [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.