fbpx
Now Reading
SJR Jadi Punca Jalan Sesak Di Tol Sungai Besi, Ramai Mohon Pihak Berkuasa Kaji Semula SOP Roadblock [Video]

SJR Jadi Punca Jalan Sesak Di Tol Sungai Besi, Ramai Mohon Pihak Berkuasa Kaji Semula SOP Roadblock [Video]

Kesesakan dipercayai berlaku disebabkan hanya dua laluan sahaja yang dibuka semasa operasi SJR sekaligus menyebabkan kenderaan terpaksa bergerak secara perlahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang pemandu, antara perkara yang paling tidak digemari pastinya apabila terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya lebih-lebih lagi di waktu kemuncak.

Kesesakan jalan raya ini bukanlah sesuatu fenomena yang luar biasa di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur yang padat dengan kenderaan, namun terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan situasi sebegini berlaku seperti kemalangan, pembinaan jalan mahupun sekatan jalan raya.

Tular video kesesakan luar biasa di lebuh raya Tol Sungai Besi

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan kesesakan yang luar biasa berlaku di Tol Sungai Besi, Lebuhraya PLUS.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hikkythecutest, kelihatan deretan kereta dipercayai pemandu-pemandu yang ingin pulang ke rumah daripada tempat kerja berada di setiap lorong lebuh raya itu.

Pihak berkuasa buat sekatan jalan raya di hadapan tol

Dalam video yang sama, terlihat sekatan jalan raya (SJR) dilakukan oleh pihak berkuasa beberapa meter di hadapan tol berkenaan.

Difahamkan, kejadian kesesakan jalan raya itu berlaku pada malam semalam (22 Ogos).

Kesesakan dipercayai berlaku disebabkan hanya dua laluan sahaja yang dibuka semasa operasi SJR menyebabkan aliran pergerakan menjadi begitu perlahan.

@hikkythecutest

Esok baru sampai rumah 🤣 gg la siapa yg lalu tol sungai besi #tolsungaibesi

♬ original sound – Mikaela Bisson

Netizen mohon pihak berkuasa kaji semula SOP roadblock, buka lebih banyak laluan

Menerusi tinjauan kami di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meminta agar pihak berkuasa mengkaji semula Standard Operating Procedure (SOP) bagi SJR ini.

Mereka berharap agar pihak berkuasa membuka lebih banyak laluan semasa melakukan SJR bagi mempercepatkan proses pemeriksaan setiap kenderaan.

Tidak hanya itu, netizen juga meluahkan rasa simpati terhadap pengguna jalan raya yang terpaksa menghadapi kesesakan terbabit selepas penat seharian di tempat kerja.

Namun setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Kami yakin pasti pihak berkuasa mempunyai sebab tertentu untuk mengada SJR di kawasan terbabit pada waktu tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.