Tindakan Guru Temani Pelajar OKU Guna Tongkat Lari Hingga Ke Garisan Penamat Undang Sebak Ramai [Video]
Menerusi video tersebut, turut kelihatan guru wanita itu awalnya memberi semangat sebelum berlari hingga ke garisan penamat bersama pelajar OKU tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Individu yang mempunyai kekurangan fizikal atau Orang Kurang Upaya (OKU) tidak minta untuk dilahirkan sebegitu rupa.
Meskipun mereka mempunyai kekurangan dari segi fizikal tetapi individu ini mempunyai semangat juang yang sangat tinggi dan sering kali menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Ini kerana, mereka tidak menjadikan kekurangan yang dimiliki itu sebagai satu alasan bahkan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk lebih maju.
Buktinya ramai sahaja golongan OKU yang berjaya menjadi atlet paralimpik, perniagaan serta banyak lagi.
Pelajar OKU semangat berlari guna tongkat
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak OKU yang berlari dengan semangat meskipun menggunakan tongkat ketika memasuki acara lumba lari di sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Farid Kamaruddin, awalnya kelihatan barisan pelajar sekolah yang sedang bersedia di tempat masing-masing untuk acara lumba lari.
Sebaik sahaja mendapat arahan untuk memulakan larian, kelihatan semua pelajar berlari dengan laju.
Dalam masa sama turut kelihatan seorang lagi pelajar di bahagian hujung turut berlari menggunakan tongkatnya kerana hanya mempunyai satu kaki.
Meskipun rakan-rakan lain sudah meninggalkannya, pelajar itu tidak patah semangat sebaliknya tetap berusaha menghabiskan larian.
Guru turut beri semangat, lari sama-sama hingga ke garisan penamat
@faridkamaruddin18 Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat. #luarbiasa #ppki #fyp ♬ Jangan Pernah Menyerah – Arnas19🐱
Namun apa yang mencuri tumpuan kelihatan seorang wanita yang dipercayai guru kepada kanak-kanak tersebut turut memberi semangat kepadanya.
Malah guru itu turut berlari bersama-sama dengannya sehingga ke garisan penamat.
Farid dalam pada itu, berkata dia tahu kanak-kanak itu merupakan seorang yang kuat serta berterima kasih kepada guru yang memberi semangat kepada pelajar tersebut.
Melihat di ruangan komen ramai yang sebak dengan pperkongsian tersebut dan mendoakan agar pelajar itu berjaya suatu hari nanti.