fbpx
Now Reading
“Lagi Cakap, Lagi Bangang” – Tak Pandai Jaga Hati Isteri Pertama, Ustaz Syamsul ‘Sound’ Abang Tesla [Video]

“Lagi Cakap, Lagi Bangang” – Tak Pandai Jaga Hati Isteri Pertama, Ustaz Syamsul ‘Sound’ Abang Tesla [Video]

Ustaz Syamsul menegur Abang Tesla agar berhenti memberi sebarang kenyataan berhubung isu poligami sekiranya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, isu hangat mengenai usahawan dan influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla selepas dia berkahwin dua merupakan antara perkara yang kerap dibincangkan dan dibahas di media sosial.

Tidak hanya netizen dan segelintir selebriti, isu mengenai Abang Tesla berpoligami ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: UAI Bidas Kenyataan Abang Tesla Tentang ‘Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ [Video]

Terkini, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat pula tampil menegur Abang Tesla dalam satu majlis ceramahnya pada baru-baru ini.

Ustaz Syamsul mohon Abang Tesla berhenti beri kenyataan isu poligami

Menerusi satu video live TikTok yang dikongsikan di akaun Twitter (X) @jllmisai, Syamsul menegur Abang Tesla agar berhenti memberi sebarang kenyataan berhubung isu hangat melibatkan dirinya itu sekiranya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi.

“Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya pasal.

“Saya nak pesan dekat orang yang dah berpoligami ini, kalau rasa diri tak bagus sangat dan ada kelemahan jangan kongsi dengan orang,” katanya.

Adil dalam Islam bukan mengikut selera dan nafsu

Menurut Syamsul, maksud adil di dalam Islam bukanlah mengikut selera dan nafsu, sebaliknya adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

“Itu kena faham, lagi cakap lagi bangang tau. Lepas itu yang tanya soalan pun tak kena, yang jawab soalan pun tak kena, bagi pandangan pun tak kena,” katanya lagi.

Ustaz Syamsul beri pesanan kepada Abang Tesla agar jaga hati isteri pertama

Dalam pada itu, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Ini susulan sebelum ini tular mengenai kenyataan Abang Tesla yang mengatakan bahawa isteri pertama untuk dihargai manakala isteri kedua pula untuk dicintai.

“Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama. Habis yang pertama tu tak berhak ke dicintai? Hanya hargai sahaja?

“Susah senang sama-sama, habis yang nombor dua tu hanya dicintai jangan dihargai? Habis yang nombor tiga? Untuk diapa-apakan? Yang keempat?

“Itu sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap,” ujar Syamsul lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini, Jangan Pandai Sembang” – Abang Tesla [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.