fbpx
Now Reading
Sering Singgah Tanah Perkuburan Kadang Sampai Lewat Malam, Ingatkan Lawat Pusara Ibu Rupanya…

Sering Singgah Tanah Perkuburan Kadang Sampai Lewat Malam, Ingatkan Lawat Pusara Ibu Rupanya…

Difahamkan lelaki terbabit bukanlah penduduk di kawasan itu mahupun orang Johor, sebaliknya dia berasal daripada Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Begitulah kehidupan kita di dunia yang hanyalah sementara sahaja.

Meskipun berat untuk kita menerima bahkan bersedia untuk lalui saat perpisahan dengan insan yang tersayang, namun bila waktunya tiba pasti kita tidak akan menduganya.

Selepas ketiadaan insan tersayang, cara terbaik untuk mengubati perasaan rindu pastinya dengan melawat kubur serta menghadiahkan doa.

Tular kisah lelaki kerap melawat kubur sejak beberapa bulan lalu

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah sedih seorang lelaki ini yang sering dilihat datang ke tanah perkuburan Islam di Kampung Belemang, Serom 3, Johor.

Menerusi perkongsian di laman Facebook akaun Rahman Ismail, lelaki itu dikatakan kerap kelihatan di tanah perkuburan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

“Semalam saya dan adik pergi ziarah kubur arwah ayah kami di Kampung Belemang, Serom 3. Sewaktu kami tengah bersihkan kubur, terdengar suara lelaki baca yassin sangat jelas dari jauh.

“Adik saya memang duduk di area pekuburan ini. Adik saya kata sejak 2-3 bulan ini memang kerap lelaki ini datang ziarah kubur. sampai ada satu hari itu jam 8 (malam anggaran lepas mahgrib) terpikir sejenak, berani betul budak ni dan membuat perasaan ingin tahu,” tulisnya.

Tidak mahu memendam persoalan itu di kepalanya, Rahman terus bertindak pergi berjumpa lelaki itu untuk bertanya tentang keberadaannya di tanah perkuburan berkenaan.

Difahamkan lelaki terbabit bukanlah penduduk di kawasan itu mahupun orang Johor, sebaliknya dia berasal daripada Kuala Lumpur.

Kerap datang lawat kubur arwah rakan

Apa yang mengejutkan, individu berkenaan yang sering dilihat berada di tanah perkuburan bukanlah untuk melawat pusara ahli keluarganya, tetapi kehadirannya ke situ adalah untuk melawat kubur arwah rakannya.

“Allah terkejutnya saya, sebab saya ingat kubur mak dia ke, ayah dia ke atau keluarga dia ke. sebab hampir setiap minggu siang malam ziarah kubur. Cuma saya taktahu la kawan dia tu laki ke perempuan.

Sanggup ziarah pusara rakan meskipun lewat malam

Jelas lelaki itu, dia akan singgah melawat kubur arwah rakannya sekirannya mempunyai kerja di Johor, bahkan pernah menziarah pusara ketika jam 11 malam.

Perbualan di antara mereka terhenti apabila azan Maghrib berkumandang dari surau berhampiran menyebabkan lelaki itu meminta diri untuk beransur pulang.

“Hari ini Allah SWT memberi kesedaran bahawa masih ada lagi manusia baik di muka bumi ini. Cuma saya tak sempat tanya nama beliau,” tulisnya lagi.

Pun begitu, kami tidak berjaya menemui hantaran asal di akaun Facebook Rahman Ismail kerana dipercayai telah dipadam.

Perkongsian itu yang sohor di media sosial telah dikongsikan oleh pengguna laman Facebook yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.