fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Tak Berbaju Pukul Penunggang Motosikal, Kes Dalam Siasatan PDRM [Video]

Tular Lelaki Tak Berbaju Pukul Penunggang Motosikal, Kes Dalam Siasatan PDRM [Video]

Menerusi video itu, kelihatan lelaki tidak berbaju yang menunggang skuter itu telah datang ke arah penunggang motosikal yang bertembung dengannya sebelum memukul dan menyepak mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemalangan di jalan raya merupakan satu insiden yang adakalanya tidak dapat dijangka.

Meskipun telah mencuba untuk berhati-hati ketika berada di jalan raya, namun adakalanya kecuaian pengguna lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan hingga membahayakan nyawa.

Lebih parah lagi apabila kemalangan itu turut menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Tular video membabitkan dua motosikal bertembung di petak kuning

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan kejadian kemalangan yang berlaku di Cheras Perdana membabitkan dua penunggang motosikal yang mengundang perhatian.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh MyNewsHub di Twitter awalnya kelihatan seorang penunggang motosikal skuter yang berada di laluan kanan.

Penunggang skuter tak pakai baju

Penunggang motosikal skuter itu yang tidak memakai baju dilihat menunggang dalam keadaan laju serta memakan jalan sebelah.

Tidak lama kemudian, datang sebuah lagi motosikal yang keluar dari simpang sebelah kiri ingin memasuki ke laluan kanan.

Akibat tidak sempat mengelak, kedua-dua motosikal itu kemudian bertembung di tengah-tengah petak kuning dan menyebabkan skuter tersebut terjatuh di atas jalan.

Penunggang skuter datang pukul dan sepak penunggang motosikal

Namun apa yang menarik perhatian, lelaki yang menunggang skuter secara tiba-tiba telah datang ke arah penunggang motosikal dan memukulnya sehingga terjatuh di atas jalan.

Bukan hanya itu, dalam video turut dapat dilihat lelaki berkenaan menyepak individu tersebut di bahagian muka.

Ekoran daripada penularan video berkenaan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memberitahu pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut pada jam 12.09 tengah hari, semalam (4 September).

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihaknya belum mendapat sebarang laporan berkaitan kes terbabit atau insiden pukul daripada pihak terlibat.

“Kes diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Undang pelbagai reaksi di kalangan netizen

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang reaksi berang dikalangan masyarakat terhadap tindakan penunggang skuter berkenaan.

Menerusi di ruangan balas video tersebut, ada yang menyatakan bahawa penunggang motosikal itu adalah salah kerana jalan yang dilaluinya itu merupakan jalan bagi pengguna jalan raya yang masuk dari simpang untuk ke arah bertentangan.

Ada juga yang geram dengan tindakannya yang memukul individu tersebut.

Tidak kurang juga ada mengatakan penunggang motosikal yang keluar dari simpang itu yang salah kerana sebelum keluar dari simpang dia perlu tunggu sehingga keadaan jalan selamat.

“Anak panah tu bukan laluan kau ya bang.. Memang laluan untuk pakcik tu”

“Pada aku yang keluar simpang tu salah. Walaupun kereta tu nak masuk jalan tapi kena tunggu betul-betul jalan clear baru keluar..”

“Tengok banyak kali baru perasan, yang pukul tu makan lorong salah. Tapi dia pula yang over reacting”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.