fbpx
Now Reading
“Bukan Calang-Calang Kabel Dia”- Permaisuri Agong Catat Aduan Rakyat Mengenai Jalan Rosak Di Sabah [Video]

“Bukan Calang-Calang Kabel Dia”- Permaisuri Agong Catat Aduan Rakyat Mengenai Jalan Rosak Di Sabah [Video]

Video memaparkan rakyat Sabah membuat aduan mengenai kerosakan jalan raya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak 3 September yang lalu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berangkat ke negeri di bawah bayu, Sabah.

Keberangkatan Agong bersama Permaisuri ke negeri itu adalah bagi menghadiri majlis pelancaran program Kembara Kenali Borneo yang bermula pada 3 hingga 13 September.

Ramai tak lepaskan peluang rai kedatangan Agong dan Permaisuri

Oleh itu, ramai di kalangan masyarakat di Sabah tidak melepaskan peluang untuk turun padang bagi menyambut kedatangan Agong bersama permaisurinya.

Apa yang menarik perhatian, turut ada di kalangan masyarakat yang berkesempatan berjumpa dengan baginda untuk berkongsi atau meluahkan pendapat mereka bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Rakyat luah isu jalan raya rosak di Sabah

Antara masalah yang diadukan kepada Agong adalah mengenai keadaan jalan yang teruk di Sabah

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kakintansukashare awalnya kelihatan orang ramai mula berkerumun untuk bersalaman dengan Permaisuri Agong ketika baginda berada di dalam sebuah kenderaan.

Permaisuri Agong siap tulis aduan dalam buku

Baginda bagaimanapun meminta orang ramai untuk menunggu sebentar kerana ingin mencatat mengenai aduan yang dibuat oleh rakyat berhubung kerosakan jalan raya.

“Sekejap, sekejap saya tulis, jalan teruk ya?” kata baginda sambil membuat catatan di sebuah buku.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji perkara itu kerana baginda sudi mendengar keluhan dan nasib yang dihadapi oleh rakyat di negeri berkenaan.

Bukan hanya itu, tidak kurang juga ada netizen yang menasihatkan agar masyarakat di Sabah untuk meluahkan segala-gala masalah dihadapi seperti harga barangan makanan yang meningkat, ketiadaan elektrik, jambatan serta banyak lagi.

Ada juga mengatakan mereka tidak pernah ke Sabah namun mengetahui bagaimanakah keadaan sebenar jalan raya di sana.

“Habislah, jangan esok tiba-tiba Jabatan Kerja Raya (JKR) dah buat kerja pula”

“Bukan calang-calang kabel dia, terbaik Agong dan Permaisuri Agong”

“Macam nilah bagus Tuanku turun padang dengar sendiri perasaan rakyat jelata”

“Bukan biasa-biasa kabel dia pakai”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.