fbpx
Now Reading
Pesawat Ringan Terhempas Ketika Majlis Dedah Jantina Bayi Di Mexico [Video]

Pesawat Ringan Terhempas Ketika Majlis Dedah Jantina Bayi Di Mexico [Video]

Difahamkan, nahas pesawat jenis Piper PA-25-235 Pawnee itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang melibatkan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Luis Angel berumur 32 tahun dari Navaloto.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis dedah jantina bayi ketika dalam kandungan ibunya banyak dilakukan di negara Eropah, namun kini upacara tersebut juga diadakan sesetengah pasangan suami isteri di Asia termasuklah Malaysia.

Kebiasaannya, parti ‘gender reveal’ ini hanya menggunakan balon yang diisi dengan serbuk berwarna biru (lelaki) atau merah jambu (perempuan) untuk menentukan jenis jantina bayi yang akan diletupkan di akhir majlis tersebut.

Namun kini pelbagai cara yang dilakukan oleh sesetengah pasangan suami isteri dalam majlis mendedahkan jantina bayi mereka semata-mata untuk menampilkan kelainan.

Majlis dedah jantina bayi di Mexico berakhir tragedi

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku pada pasangan dari Mexico ini yang membuat kelainan mendedahkan jantina bayi mereka dengan menggunakan sebuah pesawat ringan yang akhirnya menjadi satu tragedi.

Menurut Metro UK, kejadian yang berlaku di San Pedro, Navolato pada Ahad lalu (3 September) itu telah meragut nyawa juruterbang berkenaan.

Video semasa kejadian yang sohor di media sosial menunjukkan pasangan terbabit sedang berdiri di hadapan papan tanda yang tertera ‘Oh Baby’ dikelilingi oleh belon-belon berwarna biru dan merah jambu.

Dalam video sama, semasa pesawat terbang di bawah pasangan itu air berwarna merah jambu dilepaskan sebelum kedengaran suara para tetamu yang hadir bersorak kegembiraan.

Sayap pesawat belah kiri tiba-tiba melengkung ke atas seakan patah

Tetapi para tetamu seolah tidak menyedari bahawa sayap di sebelah kiri pesawat itu secara tiba-tiba melengkung ke atas seakan patah sebelum ia menjunam jatuh.

Menurut pihak berkuasa tempatan, nahas pesawat ringan jenis Piper PA-25-235 Pawnee itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang melibatkan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Luis Angel berumur 32 tahun dari Navaloto.

Pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian dan melakukan pertolongan cemas terhadap Angel yang ditemukan terbaring di dalam bangkai pesawat itu.

Juruterbang meninggal dunia semasa berada di hospital

Angel yang dibawa ke Institusi Kesihatan Sosial Mexico di Navolato bagaimanapun disahkan meninggal dunia di sana.

Selain juruterbang, tiada kecederaan lain yang dilaporkan akibat kemalangan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.