fbpx
Now Reading
Dicukur, Dimekapkan & Jadi Hamba Seks Manusia Hingga Trauma, Ini Kisah Tragik Pony Si Orang Utan

Dicukur, Dimekapkan & Jadi Hamba Seks Manusia Hingga Trauma, Ini Kisah Tragik Pony Si Orang Utan

Pony, seekor orang utan di Indonesia mengambil masa selama sedekad untuk pulih dari trauma yang dialaminya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap haiwan yang wujud di dunia ini perlu dijaga kebajikan mereka agar ia dapat hidup dan membiak dengan baik.

Namun ada segelintir manusia yang sanggup bertindak kejam dengan menyiksa haiwan sehingga membuatkan mereka takut.

Orang Utan dijadikan hamba seks dengan bayaran RM10 di Indonesia pada 2003

Malah ada yang sanggup melakukan hubungan intim bersama haiwan kerana mahu memuaskan nafsu serakah mereka seperti apa yang berlaku kepada seekor orang utan di Indonesia pada tahun 20 tahun lalu.

Orang utan yang dikenali sebagai Pony itu telah dijadikan sebagai hamba seks, apa yang menyedihkan ketika haiwan ini ditemui dia telah diikat pada dinding serta terbaring di atas tilam yang kotor di sebuah kampung Kareng Pangi, Kalimantan.

Bukan itu sahaja, dia turut dilacurkan oleh tuannya dimana individu yang berminat untuk melakukankan hubungan seks bersama Pony hanya perlu membayar sebanyak RM10 (35,000 Rupiah pada waktu itu) dan ia turut diajar bagaimana untuk melayani pelanggannya.

Pony ketika diselamatkan tahun 2003 (Foto: BOS)

Cukur bulu, pakaikan minyak wangi dan alat solek

Menurut The Sun Daily, Pony telah ditangkap sejak dari kecil dan menyebabkan dia terpisah dengan ibunya. Individu yang memilkinya dan menjadikan Pony sebagai hamba seks turut mencukur haiwan terbabit setiap dua hari serta meletakkan minyak wangi dan alat solek.

“Ketika saya menjumpainya, dia telah digunakan sebagai seorang hamba seks dan bukan sebagai haiwan peliharaan.

“Mungkin kerana saya naif saya tidak pernah terfikir manusia boleh melakukan hal seperti itu terhadap seekor haiwan,” kata Lone Droscher-Nielson yang merupakan salah seorang daripada pasukan penyelamat Pony.

Dibawa ke Yayasan Survival Orang Utan Borneo selepas diselamatkan daripada rumah pelacuran

Pony ketika dilepaskan ke pusat perlindungan orang utan pada tahun 2003 (Foto: BOS)

Haiwan itu kemudian telah dibawa ke Yayasan Survival Orang Utan Borneo (BOS) dan menjalani kehidupannya di santuari tersebut.

Memetik laporan yang dikeluarkan The Sun pada 14 September 2021, Pony ketika dijumpai oleh BOS berusia enam tahun.

Namun kehidupan lalu yang trauma telah menjadikan haiwan ini tidak dapat tinggal di pusat perlindungan dengan bebas.

Pegawai Komunikasi, Nico Hermanu menyatakan Pony menjalani kehidupan yang sihat dalam kompleks hari ini, namun ia mempunyai kemahiran semula jadi yang kurang dan ia membataskannya untuk diletak ke jenis kandang yang lain.

“Kami berharap dia akan mendapat peluang untuk tinggal di pulau perlindungan itu suatu hari nanti.

“Di kawasan yang dihuni oleh Pony ketika ini, dia sentiasa menunjukkan selera yang sihat seperti buah-buahan dan ‘enrichment tools’ yang diberikan oleh pasukan kami kepadanya,” kata Nico Hermanu.

Pony ambil masa sedekad untuk pulih daripada trauma

Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu berapa lama Pony dipaksa untuk menjadi hamba seks sebelum ia diselamatkan dari rumah pelacuran terbabit.

Malah haiwan itu mengambil masa lebih sedekad untuk pulih dari traumanya yang dialaminya sepanjang hidup dan rumah pelacuran itu sangat terkenal di kalangan pekerja ladang tempatan.

Ketika proses menyelamatkan Pony, seramai 35 orang anggota polis telahmenyertai operasi agar penduduk kampung dapat menyerahkan haiwan tersebut.

Seorang guru dikenali sebagai Michelle Desilets yang merupakan sukarelawan mengatakan mereka diugut dengan menggunakan pisau dan senjata api.

“Pemilik rumah menangis ketika Pony diambil darinya,” kata Michelle.

Kulit dijangkiti membuatkan Pony asyik menggaru

Ketika diselamatkan, Pony berada dalam keadaan yang mengerikan secara fizikal. Kulitnya dijangkiti dan dia tidak boleh berhenti daripada menggaru.

“Saya bertemu Pony selepas dia diselamatkan. Ketabahannya luar biasa. Walaupun trauma, dia memiliki maruah dan kelakar. Dia juga memiliki personaliti dan belajar bagaimana untuk mempercayai dengan cepat meskipun telah mengharungi pelbagai perkara,” jelasnya.

Lelaki tak dibenarkan berada dekat dengan Pony ketika proses memulihkan traumanya

Pakar menjangkakan Pony telah diambil dari ibunya sejak kecil kerana kebiasaanya Orang Utan hidup bersama ibu mereka untuk tujuh ke 11 tahun hidupnya.

“Langkah pertama untuk membuatkan Pony percaya kepada kami di rumah barunya adalah kami cuba untuk elakkan lelaki berada dekat dengannya kerana boleh menjadikan haiwan ini ketakutan.

“Selepas dikuarantin kami akan membawanya the hutan bersama orang utan yang muda. Apabila ia bertambah baik kemudian penjaga lelaki akan mula memperkenalkan diri.

“Dia kelihatan tidak takut dengan mereka sebaliknya gembira dengan sesiapa yang boleh menemaninya. Akhir sekali dia dipindahkan ke salah satu pulau,” kata Lone.

Namun apa yang menyedihkan disebabkan tidak mempunyai kemahiran secara semula jadi, Pony tidak akan dipindahkan ke hutan.

Tetapi selepas 15 tahun, Pony menjalani kehidupan yang baik di Pusat Rehablitasi Nyaru Menteng bersama tujuh orang utan dan telah belajar bagaimana ingin membuat sarang mencari makanan.

Semakan kami di laman sesawang BOS bagaimanapun tidak menemui sebarang perkembangan baharu tentang Pony. Kali terakhir perkembangan mengenai Pony dikemaskini adalah pada tahun 2015 sewaktu haiwan ini berusia 21 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.